FAM Umum Kedah, Kelantan Dan Melaka United Lulus Pelesenan Kelab

Kedah, Kelantan dan Melaka United akhirnya berjaya mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan pasukan mereka beraksi pada saingan Liga Super 2018.

Perkara ini disahkan oleh setiausaha agung FAM, Dato Haji Hamidin melalui laman facebook rasmi sebentar tadi.

Permohonan 3 pasukan ini yang sebelumnya ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan akhirnya telah diluluskan oleh Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM pada mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu (27 Oktober 2017) oleh ahli-ahli jawatankuasa badan bebas.

Kredit : Melaka United Official Facebook

Bagaimanapun, lesen yang diberikan kepada tiga kelab ini hanya merupakan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Namun, dua lagi pasukan iaitu Felda United FC dan Sarawak tidak diberi lesen selepas didapati masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan.

FAM sebelum ini mengumumkan bahawa sebanyak tujuh daripada 12 kelab yang beraksi dalam Liga Super 2017 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Perak, PKNS FC, Pulau Pinang, Selangor dan  T-Team FC telah berjaya lulus dalam permohonan mendapatkan lesen FAM.

Malah daripada tujuh pasukan yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sebelum ini, empat daripadanya iaitu JDT, Pahang, PKNS FC dan Selangor turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

Kredit: FA Selangor

Kelulusan berkenaan diputuskan pada mesyuarat FIB yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 24 Ogos 2017.

Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Lesen FAM & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2018 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Beberapa tahun lalu, FMLLP telah mewajibkan semua pasukan yang beraksi di Liga Super perlu mendapatkan lesen sebagai sebuah kelab musim ini, manakala pasukan di Liga Perdana mempunyai tempoh sehingga Oktober 2018 bagi memenuhi pelesenan kelab sepenuhnya menjelang musim 2019.

Dari segi analogi, pelesenan kelab adalah seperti pensijilan ISO kepada sesebuah organisasi. Ia adalah petunjuk organisasi tersebut mengamalkan amalan terbaik (best practices) mengikut panduan ISO.

Seperti syarikat swasta yang menggunakan ISO untuk meyakinkan klien bahawa mereka adalah syarikat yang bagus, kelab bola sepak boleh menggunakan lesen kelab untuk menyakinkan penaja mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN