Football Manager (FM) setakat ini sudah terjual lebih 15 juta salinan. Mereka datang dengan idea baru untuk melihat sejauh mana homofobia di kalangan pengguna Football Manager.
FM memberitahu mereka berbuat demikian untuk memberikan keyakinan kepada pemain-pemain yang gay dalam bola sepak terutama sekali di Britain untuk tampil membuat pengakuan umum.
Pengarah Football Manager, Miles Jacobson berkata:
“Salah satu sebab kami melakukan benda ini kerana kami tahu ramai pemain yang gay tetapi mereka malu untuk mendedahkan perkara ity.”
“Kami nak tunjukkan kepada dunia bahawa yang pemain gay bukannya satu masalah.”
“Saya rasa sesuatu yang gila apabila anda berada di tahun 2017 tetapi anda tidak mampu menjadi diri sendiri.”
Berdasarkan tinjauan BBC 82% peminat bola sepak tidak kisah tentang pemain gay. Sebaliknya 8% lagi tidak akan menyaksikan pasukan jika pemain tersebut beraksi ataupun berhenti menyokong pasukan tersebut.
Di sebalik ramai yang menyokong, ramai juga pemain FM yang mengutuk pembaharuan ini menerusi twitter.
Pihak FM menyatakan, buat masa ini mereka memasukkan data gay itu kepada beberapa pemain yang fiksyen (fictional).
“Kami tidak boleh melakukannya untuk pemain sebenar. Mereka mungkin akan menyaman anda termasuk mereka yang benar-benar gay.”
“Anda akan dapat notifikasi di peti masuk apabila ada pemain anda yang membuat pengakuan mereka adalah gay.”
Dalam dunia realiti, sebelum ini Thomas Hitzlsperger menjadi pemain pertama yang tampil mengakui dirinya gay. Beliau pernah bermain di EPL bersama Aston Villa, Everton dan West Ham. Dia bersara pada 2014.
Ini diikuti oleh bekas pemain Leeds United berasal dari Amerika Syarikat, Robbie Rogers yang membuat pengakuan yang sama pada awal tahun ini.
Pada 1998, Justin Fashanu telah membunuh diri selepas 8 tahun mengakui dirinya adalah gay. Dia tertekan dengan sambutan masyarakat ke atasnya.
Jacobsen juga sedang berusaha untuk mendapakan nasihat daripada kumpulan Kick It Out tentang hal ini.
Mereka juga sangat berhati-hati dalam memasukkan unsur ini ke dalam permainan FM kerana tahu akan risiko perundangan. Di UK, gay masih tidak diiktiraf secara perundangan dan Jacobson berkata:
“Untuk negara yang sudah maju seperti di UK, saya hairan mereka masih mengharamkan gay. Inilah sebab kenapa pemain yang bermain di sini tidak mahu tampil mengakui mereka gay.”
Musim lalu, FM memasukkan isu Brexit ke dalam permainan mereka. Ada beberapa perpindahan pemain menjadi rumit. Ada juga pemain bola sepak di dalam FM dari Scotland yang memilih mahu berpisah dengan Britain.
“Brexit sangat kontroversi di dalam FM sebelum ini. Ramai pemain FM yang tidak sukakan perkara ini dimasukkan di dalam FM.”
“Namun kami mahukan semua orang berfikir lebih ke hadapan untuk menjadikan dunia ini lebih baik.”