Perlawanan Pemanas Badan Final Piala Malaysia, Kedah Sambut Kunjungan JDT

Perlawanan terakhir Liga Super 2017 akan menyaksikan pasukan Kedah melayan kunjungan pasukan Kedah.

Ianya ibarat perlawanan pemanas badan untuk final Piala Malaysia yang akan berlangsung semingg selepas perlawanan ini.

Prestasi semasa

Kedah tewas 3 daripada 5 perlawanan tearkhir mereka dalam semua pertandingan. Manakala JDT hanya tewas sekali untuk tempoh yang sama.

Namun untuk perlawanan Liga Super sahaja, Kedah kalah dalam 3 perlawanan terakhir mereka.  9 kali gawang mereka bocor. JDT  pula, kalah 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka dalam kempen Liga Super.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Rekod pertemuan

JDT memiliki rekod yang lebih baik dalam 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. Menang  3 kali dan seri sekali. Manakala Kedah hanya menang sekali dalam 6 pertemuan terakhir mereka dengan JDT.

Fakta perlawanan

  • Kali terakhir Kedah menang ke atas JDT (dalam 90  minit) adalah pada 16 April 2016 dalam perlawanan Piala FA
  • JDT memiliki purata 3 gol per perlawanan dalam 3 perlawanan terakhir mereka menentang Kedah ataupun 9 gol daripada 3 perlawanan dan hanya bolos 2 kali
  • Kedah sudah 7 kali tewas di gelanggang sendiri setakat ini pada musim 2017

Sebelum wisel

Ini adalah perlawanan penting untuk mendapatkan motivasi sebelum perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan mungkin akan merehatkan beberapa pemain. Namun ia bukan alasan untuk aksi hambar.

Nidzam Adzha pastinya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada musim 2017 dengan kemenangan di Darulaman.

Kami menjangkakan Stadium Darulaman akan penuh pada malam ini. Siapakah yang akan menang perlawanan ini?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN