Analisis Taktikal: Evolusi Taktikal Napoli Di Bawah Maurizio Sarri

Napoli berjaya menjadi pasukan yang menarik perhatian ramai penganalisis sejak diambil oleh Maurizio Sarri.

Sebelum ini di bawah kendalian Mazzari dan Benitez, mereka gagal untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang ada.

Pepe Reina pernah dipinjamkan keluar ke Bayern Munich. Namun di bawah Sarri, beliau menjadi antara penjaga gol penting yang menjadi tunjang kepada sistem taktikal mereka.

Pada awal perlantikan Maurizio Sarri, tidak ramai peminat yang yakin akan kemampuan jurulatih ini. Namun legenda AC Milan, Arrigo Sacchi sudah melihat potensi Sarri sejak di Empoli.

Malangnya lembaga pengarah AC Milan tidak yakin dengan Sarri dan lebih melihat Montella sebagai calon lebih baik.

Sebelum ini ramai pemain yang menyatakan mereka mahu keluar daripada Napoli untuk menyertai pasukan lebih besar. Pada hari ini, pemain seperti Koulibaly dan Jorginho kelihatan selesa dengan pasukan yang ada dan tidak merengek untuk keluar.

https://twitter.com/ZinedineZelaIem/status/918804183595266049

Sarri hanya membawa masuk 2 pemain iaitu Allan dan Hysaj yang terus berjaya menjadi pemain utama Sarri setakat ini.

Selainnya, Sarri sudah mendapat skuad yang baik diwarisi daripada Benitez. Cuma bezanya beliau berjaya menggunakan pemain-pemain tersebut dengan lebih baik..

Evolusi taktikal

Daripada pasukan yang bermain dengan taktikal seimbang / balance tactic, mereka bertukar menjadi pasukan yang memburu penguasaan bola / possession hunger.

Mereka bermula dengan blok rendah. Membina serangan berasaskan pemain seperti Koulibaly dan Albiol. 2 pemain ini selesa dengan bola di kaki.

Setiap pemain yang ada di dalam pasukan adalah pemain yang boleh memegang bola dengan baik. Mereka tidak panik apabila ditekan dan bermain hantaran rendah dengan yakin untuk melepasi tekanan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=jXGpLgSWa3A

Mereka bermain hantaran rendah pada kadar yang sangat pantas. Menariknya, sebelum ini Mazzari dan Benitez tidak mampu menggunakan pemain ini bermain sedemikian.

Prinsip jurulatih itu, walaupun memiliki pemain yang hebat, jurulatih masih bertanggungjawab untuk melatih mereka meningkatkan kemahiran ataupun mencungkil apa yang ada pada pemain mereka.

Itu yang dilakukan Sarri di Napoli. Mereka bermain dalam banyak sekali sokongan segitiga di dalam padang untuk membolehkan mereka mengalirkan bola dengan lancar.

Sebaik sahaja melepasi garisan tengah. Perubahan struktur pasukan itu berlaku. 2 pemain sayap dan pemain tengah akan cuba mewujudkan satu hubungan  (connection) yang stabil dan berada pada jarak yang sesuai.

Hamsik, Allan dan Insigne antara 3 pemain yang sentiasa bersedia untuk memperbaiki lohong yang ada. Ini adalah gambaran team shape mereka apabila menekan pihak lawan.

Mereka mengetatkan struktur di tengah dengan unit pemain yang ramai dan juga lincah dengan bola.

Saksikan bagaimana jarak di antara pemain apabila mereka masuk ke kawasan serangan lawan. Mereka akan membentuk rantaian yang stabil

https://www.youtube.com/watch?v=mOFPjAJko1U

 

Permainan kombinasi

Ia adalah merujuk kepada variasi di dalam cara sesebuah pasukan bermain. Semakin banyak variasi, semakin tinggi fluiditi sesebuah pasukan.

Napoli boleh bermain bola rendah, bola tinggi, menukar arah dan juga menukar posisi di antara pemain dengan fluiditi tinggi. Anda boleh saksikan di sini, cara mereka menggabungkan beberapa cara permainan.

Permainan kombinasi ini adalah untuk memastikan mereka dapat menekan lawan secara berterusan dan tidak bergantung kepada satu metodologi sahaja.

Lihat laporan passmap mereka di bawah ini menentang Nice yang sangat ofensif dan stabil. Insigne menjadi antara pemain penting dan menjadi titik ancaman utama mereka.

Anda lihat laporan passmap ketika menentang Manchester City sebelum ini. Anda boleh lihat, stabiliti hubungan hantaran di antara pemain adalah sama. Insigne masih menjadi titik fokal.

Pertukaran posisi

Akan banyak berlaku pertukaran posisi dan peranan di antara pemain. Paling ketara biasanya di antara Ghoulam dan Hamsik di sayap kiri.

Di sebelah kanan, pertukaran di antara Hysaj dan Callejon lebih direct iaitu di antara pemain sayap kanan dan bek kanan.

Kenapa di sebelah kiri Hamsik terlibat dalam pertukaran dengan Ghoulam? Ini kerana mereka mahu memberikan kebebasan kepada Insigne.

Taktikal mereka mahu mengurangkan kerja Insigne ketika bertahan. Jadi pemain ini lebih fokus kepada menyerang dan memecah masuk ke dalam kotak penalti.

Ini adalah gambaran bagaimana mereka memastikan width pasukan stabil dan ada pemain yang bersedia untuk bertahan.

Buat masa ini mereka sudah mencipta lebih 85 peluang dan purata hantaran tepat 90%. Ini membuktikan pasukan ini sangat berkualiti dalam aliran bola dan juga kreativiti.

Rumusan

Kekuatan utama pasukan ini adalah keranan pemahaman pemain kepada taktikal yang dikehendaki pengurus. Mereka mampu menukar cara bermain dengan baik.

Taktikal yang digelar Sarriball oleh pengulas taktikal Eropah ini mirip kepada tiki taka. Tetapi ia sesuai dengan persekitaran bola sepak Itali yang lebih fizikal.

Pemain yang memiliki pusat graviti rendah dilatih lebih fizikal dan lasak.

Pembelian pemain yang tidak emosi oleh Sarri. Beliau membeli atas keperluan taktikal. Dalam erti kata lain, pemain-pemain Napoli yang sedia ada seakan-akan menunggu ‘jodoh’ mereka dengan pengurus seperti Sarri.

2 entiti ini bergabung pada masa dan tempat yang betul. Pep Guardiola melabel pasukan ini yang terbaik di Eropah buat masa ini untuk aspek membina serangan daripada penjaga gol ke bahagian atas.

Sebab itulah beliau boleh meluangkan 10 hari untuk menonton pasukan Napoli ketika rehat antarabangsa sebelum ini.

Jika anda tidak pernah menyaksikan perlawanan Napoli musim ini, saya cadangkan anda berbuat demikian. Agak geram juga apabila pembekal tv satelit utama di negara kita tidak mengambil siaran Serie A untuk 2 musim berturut-turut.

Serie A antara liga yang memiliki taktikal bola sepak yang menarik untuk disantap!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN