Diafra Sakho Berterus Terang, Sudah Tiada Hati Untuk Terus Bermain Di West Ham

Diafra Sakho gagal merealisasikan perpindahan beliau ke Rennes dalam ‘deadine day’ pada jendela perpindahan sebelum ini.

Pengerusi West Ham, David Gold memang tidak mahu menjual pemain ini. Tetapi Sakho memberitahu dia mahu ke Perancis atas sebab peribadi.

Selepas gagal untuk berpindah ke Rennes, Sakho kemudiannya kembali menumpukan karier beliau di West Ham. Terbaru, selepas melihat komitmen beliau, Slaven Bilic menyatakan yang beliau sudah menyediakan kontrak baru untuk pemain tersebut.

Malangnya, Diafra Sakho dengan terbuka menolak sebarang kemungkinan beliau akan menandatangani kontrak baru tersebut.

Sakho menegaskan yang beliau tetap mahu keluar dari West Ham untuk beraksi di Perancis pada Januari akan datang.

“Saya tetap mahu keluar dari sini. Saya tidak mahu berselindung. Sama ada penyokong gembira atau tidak dengan kenyataan ini, saya tetap nak berubah angin.”

“Saya mahukan suasana baru di dalam karier. Dan saya melihat Perancis sebagai tempat terbaik untuk saya mencabar karier saya.”

Kenyataan ini sudah pastinya pedih untuk diterima oleh penyokong West Ham. Ini selepas beberapa pemain utama mereka secara terbuka membuat kenyataan mahu keluar daripada kelab tersebut.

Sebelum ini, Dmitri Payet memberontak kerana mahu keluar dari West Ham selepas musim cemerlang pasukan tersebut di bawah kendalian Slaven Bilic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN