Penyokong Palace Tak Sudi Terima Jersi Pape Souare, Ramai Mengecam Tindakan Itu

Selepas kekalahan yang disifatkan memalukan 4-1 di tangan Bristol City, pemain Crystal Palace Pape Souare pergi ke seksyen penyokong dan membaling baju beliau ke arah penyokong.

Namun malangnya, jersi tersebut dibaling balik ke arah beliau. Insiden ini berlaku selepas beberapa minggu lalu, Memphis Depay menerima nasib yang serupa daripada penyokong Lyon.

Souare masuk pada separuh masa kedua untuk cuba membantu pasukannya di dalam padang. Beliau pergi ke arah penyokong dan mahu meminta maaf dengan memberikan sedikit buah tangan.

Pape Souare kemudian menyatakan di dalam tweet beliau bahawa beliau faham kenapa penyokong memberikan reaksi sedemikian.

“Malam yang mengecewakan, penuh emosi. Saya faham akan kekecewaan semua. Sayang anda semua.”

Ramai peminat di media sosial kecewa dengan reaksi penyokong yang melakukan perkara itu. Ini kerana Souare antara pemain yang sentiasa komite 100% pada pasukan beliau.

Souare pada masa yang sama baru kembali ke dalam pasukan selepas berehat kira-kira setahun kerana kemalangan jalan raya.

Souare jelas agak kecewa dan cuba bercakap dengan penyokong.

Ianya dianggap reaksi tidak sepatutnya dan kurang ajar untuk pemain yang baru kembali ke padang selepas hampir kehilangan karier kerana kemalangan.

Beberapa tweet daripada peminat Palace sendiri menyatakan, penyokong harus berlapang dada walaupun kecewa kalah sekalipun.

Namun tweet balas daripada penyokong ini menyatakan:

“Hanya kerana seorang penyokong, rosak segalanya. Penyokong lain ada menyanyikan nama Souare (dalam perlawanan ini).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN