Undian AFC U23 Championship: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan “Pak Arab”

Tugas sukar menanti jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee dalam Kejohanan B-23 AFC tahun depan apabila skuad negara diundi dalam kumpulan C bersama 3 pasukan dari Teluk Arab iaitu Iraq, Jordan, dan Arab Saudi.

Dalam undian yang berlangsung di Changzhou, China itu turut menyaksikan 2 lagi wakil dari asia tenggara berada dalam kumpulan maut iaitu Thailand dalam kumpulan B dan Vietnam dalam kumpulan D.

Dalam undian itu, tuan rumah China berada dalam balang 1 bersama juara 2016 Jepun, Iraq (juara 2013) dan Korea Selatan (naib juara 2016).

Balang 2 pula diisi oleh Qatar, Jordan, Korea Utara dan Australia manakala balang 3 membabitkan pasukan Uzbekistan, Syria, Arab Saudi dan Thailand.

Skuad muda negara layak ke pusingan akhir kejohanan itu buat kali pertama selepas muncul juara Kumpulan H dalam saingan kelayakan di Bangkok Julai lalu.

Bagaimanapun status sebagai juara kumpulan tidak memberi sebarang kelebihan buat Malaysia dalam sesi undian apabila tetap diletakkan dalam kedudukan empat pasukan terakhir dalam balang 4 bersama Vietnam, Oman dan Palestin.

Sedangkan Thailand yang menamatkan saingan di tempat kedua di belakang skuad negara pada pusingan kelayakan berada dalam balang 3.

Ini kerana kedudukan pasukan dalam balang itu mengambil kira keputusan pada pusingan akhir 2016 yang mana Malaysia tidak layak beraksi berbanding Thailand.

Bagaimanapun bagi Kim Swee, beliau awal-awal lagi sudah menjangkakan ranjau menanti anak buahnya tidak kira apa keputusan undian hari ini.

“Kalau anda lihat pasukan yang layak ke pusingan akhir ini adalah yang terbaik di Asia jadi mana-mana pasukan yang kami akan temui tidak ada yang mudah. Pada saingan tahap ini, kami tak boleh mengelak daripada bertemu lawan yang kuat jadi pentas ini penting untuk mengukur kemampuan pemain,” katanya kepada Berita Harian

Apa yang mustahak adalah persiapan pasukan rapi bagi menghadapi kejohanan ini.

“Sekarang anda tahu betapa penting untuk kami layak ke kejohanan ini dan mendapatkan keputusan baik bagi memberi sedikit kelebihan undian dalam kejohanan dua tahun lagi. Kejohanan selepas ini lebih penting kerana ia menentukan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN