Guerra Dan Cabrera Pastikan JDT Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017

JDT mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam bulan depan selepas menewaskan Perak menerusi agregat 4-1.

Pada perlawanan separuh akhir 1 Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Perak minggu lepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan JDT, Hasbullah Abu Bakar dan Mohammad Ghaddar melalui gol penyamaan menerusi situasi 1 lawan 1.

Jaringan 3-0 dalam perlawanan separuh akhir 2 Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Larkin sudah cukup untuk memastikan JDT mara ke perlawanan akhir menentang juara bertahan, Kedah.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan agak perlahan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati.

Dari segi taktikal, Perak menggunakan formasi klasik 4-4-2 dengan Gilmar dan Zaquan berganding di bahagian serangan manakala JDT menggunakan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan gandingan 3G di bahagian serangan iaitu Gabby, Ghaddar dan Gonzalo.

Gambar : JOHOR Southern Tiger

Peluang Perak hadir pada minit ke 10 melalui hantaran silang di sebelah kanan daripada Gilmar tetapi hantarannya mudah ditepis oleh Izham Tarmizi. 13 minit kemudian, Junior mendapat peluang untuk menghadiahkan gol pertama untuk pasukan JDT tetapi rembatannya sekadar melepasi palang gol.

Ketegangan mula berlaku pada minit ke 24 apabila Kenny Pallraj dilayangkan kad kuning kerana didakwa mengasari Gonzalo Cabrera.

Gabriel Guerra mendapat peluang keemasan untuk memastikan JDT di depan tetapi rembatanya dari luar kotak penalti pada minit ke 30 mudah ditepis oleh penjaga gol Perak, Hafizul Hakim.

Perak terus mengaturkan serangan dan masih buntu mencari gol pertama apabila rembatan Shahrul Saad pada minit ke-35 gagal menemui sasaran.

Tersentak dengan percubaan berbahaya oleh Shahrul, JDT terus mengandakan asakan dan peluang terbaik hadir pada minit ke 40 melalui sepakan gunting Fadhli Shas tetapi beliau gagal menewaskan Hafizul yang bertindak cemerlang menepis bola keluar.

3 minit masa tambahan diberikan, JDT terus buntu mencari gol pertama apabila Nazirul Naim memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 di separuh masa pertama apabila beliau berhempas pulas menghalang rembatan Mohammad Ghaddar pada minit ke 46.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan berlangsung dengan lebih menarik apabila kedua-dua pasukan saling menyerang. JDT mendapat sepakan percuma pada minit ke-50 apabila Gabriel Guerra dijatuhkan oleh Shahrom Kalam. Namun begitu, sepakan percuma Safiq Rahim mudah ditangkap oleh Hafizul Hakim.

Barisan pertahanan dan penjaga gol Perak beraksi dengan agak cemerlang apabila kerap kali mengagalkan serangan berbahaya JDT melalui rembatan Safiq Rahim pada minit 54′.

Seminit kemudian, berlaku situasi kelam-kabut yang mendatangkan bahaya kepada Perak apabila Ghaddar memiliki peluang terbaik pada minit ke-55 tetapi malangnya rembatannya masih gagal menemui sasaran.

JDT kelihatan tidak putus asa dan terus mengandakan asakan untuk mencari gol pertama. Usaha mereka berhasil apabila Gonzalo Cabrrera menyudahkan hantaran through pass cantik daripada Guerra untuk memastikan JDT mendapat gol pertama pada minit ke-57.

Gambar : JOHOR Southern Tiger

Tersentak dengan jaringan itu, Perak terus melancarkan serangan bertubi-tubi dan hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Thiago Aguino pada minit ke-60.

Seminit kemudian, Zaquan berjaya menyudahkan hantaran daripada Gilmar pada minit ke-61 tetapi berlaku ketegangan di antara pengadil dengan pemain Perak apabila pengadil membatalkan gol Zaquan yang didakwa berada dalam kedudukan offside.

JDT terus menambah derita Perak apabila menjaringkan gol kedua melalui Gabby Guerra yang tidak dikawal oleh Nazirul Naim hasil hantaran tepat daripada Afiq Farzail pada minit ke-75. Kedudukan semasa berubah kepada 2-0.

Tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia sudah pun berada dalam genggaman JDT apabila Gonzalo Cabrerra memastikan JDT mendahului dengan selesa apabila menyudahkan hantaran dari Darren Lok yang melepasi perangkap offside pada minit ke-81.

4 minit masa tambahan diberikan, pasukan Perak terus buntu mencari gol penyamaan dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2017.

Kesebelasan utama

JDT : Mohd Izham Tarmizi (PG), Putera Nadher Amarhan, Mohd Fadhli Shas, S. Kunalan (Azrif Nazrulhaq), Fazly Mazlan, Safiq Rahim (K), Ignacio Insa Bohigues, Mohd Afiq Fazail (Nazmi Faiz), Gonzalo Cabrera, Gabriel Guerra, Mohammad Ghaddar (Darren Lok)

Perak FA : Muhammad Hafizul Hakim (PG), Amirul Azhan Aznan, Shahrom Abdul Kalam (K), Thiago Junio De Aquino, Nazirul Naim, Kenny Pallraj (Abdul Hadi Yahya), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Mohd Zaquan Adha (Nizad Ayub), Gilmar Jose Da Silva Filho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN