Syafiq Ahmad Jelaskan Pertemuan Dengan TMJ, Tidak Tolak Jika Ditawarkan JDT

Selepas tular gambar Syafiq Ahmad sedang bersantai dengan TMJ dan juga duta JDT, Luciano Figueroa, pemain muda Kedah ini telah memberitahu Mstar Online akan perkara yang sebenar. Syafiq berkata:

“Saya ada bertemu TMJ dan kami hanya bersembang lebih kepada mengenai bola sepak kebangsaan.”

“Tidak ada pula fasal kontrak tawaran ke sana. Tunku ada juga tanya kontrak saya dengan Kedah. Selebihnya sembang santai.”

Syafiq Ahmad turut memberitahu, ia adalah satu gambaran kepada semua pihak yang pemain bebas untuk bercakap dengan mana-mana kelab lain jika tiada persetujuan dicapai dalam 2 bulan terakhir kontrak.

Mereka menjadi ejen bebas dalam peraturan Liga Malaysia. Di Eropah ianya berlaku 6 bulan sebelum kontrak berakhir. Kontrak Syafiq Ahmad akan berakhir bulan hadapan.

Beliau menyatakan yang KFA tida hak melarang beliau untuk berbuat demikian.

“Dan ia sebenarnya lebih kepada amaran bahawa mana-mana pemain yang beliau (TMJ) muat naik gambar adalah pemain yang dah habis kontrak yang boleh berbincang dengan mana-mana pasukan.”

“Mengikut peraturan, tiga bulan sebelum kontrak berakhir, pemain boleh berbincang dengan mana-mana pasukan.”

Syafiq Ahmad memberitahu yang pihak beliau dan KFA masih berbincang tentang kontrak baru namun beliau kecewa dengan beberapa tuntutan dan kemahuan beliau tidak dapat dipenuhi KFA terutama sekali kenaikan gaji. Jadi ia masih buntu buat masa ini.

“Saya dengan KFA pun sekarang masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu. Tetapi agak mengecewakan kerana apa yang saya minta tak dapat.”

“Ia berkaitan dengan kenaikan gaji dan sepatutnya ia tidak ada masalah kerana berdasarkan apa yang telah pasukan bagi. Dan perbincangan tersebut belum lagi habis kerana liga belum tamat lagi.”

Syafiq Ahmad: Semua pemain nak ke JDT!

“Jika fikir masa depan, semua pemain nak pergi sana sebab ia sebuah pasukan yang tidak ada masalah kewangan.”

“Saya kena fikir, dalam bola sepak macam-macam boleh jadi. Jadi inilah masa untuk kembangkan karier masa depan kerana kami semua bukan kerja kerajaan yang ada pencen.”

“Kita ambil dari sudut positif sahaja. Saya baharu berusia 22 tahun, kalau dua tiga tahun di sana, umur saya baru 25,26 tahun dan peluang saya mencipta nama memang terbuka luas.”

All Sports Images And News Agency (c) 2017 – http://www.asiana.my

“Masa saya panjang lagi. Sebelum ini beberapa pemain kebangsaan yang pergi ke sana ketika usia 27 atau 28. Dan ketika usia inilah yang betul-betul sesuai sebelum usia 30 tahun.”

“Sebahagian orang pertikai kalau pergi sana, lingkup kerana kurang bermain. Bagi saya itu tanggapan silap kerana ia sebuah kelab yang lengkap dan profesional dan kita bukan pergi bercuti. Kita berlatih di sana.”

Beliau juga enggan terlau tertekan memikirkan perkara-perkara lain.

“Kalau kita nak jadikan mental teruk, ia akan jadi teruk. Jadi kita ambil positif sahaja.”

TMJ mahukan lebih ramai pemain muda!

“TMJ ada beritahu bahawa beliau mahu mulakan ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan hanya dua tiga orang pemain senior sahaja.”

Sumber

Mstar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/10/17/syafiq-ahmad-tmj/#RfdE5fWl6FHlKQ9R.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN