FMLLP Akan Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Demi Ketenteraman Penyokong

FMLLP memngesahkan mereka sudah dimaklumkan tentang insiden kekacauan yang berlaku di luar Stadium Perak selepas tamat perlawanan separuh akhir 1 Piala Malaysia di antara Perak dan JDT.

Berikut adalah kenyataan rasmi pihak FMLLP dalam isu ini.

FMLLP akan beri kerjasama

“FMLLP akan meneliti semua laporan daripada pihak yang berwajib terlebih dahulu dan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan selanjutnya.”

“Untuk makluman, sebelum ini FMLLP telah mengadakan mesyuarat khas bersama Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah bagi membincangkan persiapan dan perjalanan perlawanan separuh akhir dan akhir TM Piala Malaysia 2017.”

“Pihak kami memuji keprihatinan KDNKA kepada isu –isu yang berkait dengan keganasan bolasepak dan berterima kasih di atas tindakan pantas pihak berkuasa yang telah memastikan insiden yang lebih buruk dapat dielakkan.”

“FMLLP juga komited untuk bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi sebarang tindakan susulan dari sudut ketenteraman awam dan memastikan keganasan bolasepak tidak lagi berulang di semua perlawanan akan datang termasuk perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2017 yang dijaduakan pada hujung minggu ini.”

“FMLLP juga menyeru kepada semua penyokong bolasepak tempatan untuk bersama-sama berganding bahu membanteras perkara-perkara seumpama ini. Jadikan stadium sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.”

Dalam insiden tersebut ada penyokong yang cedera selepas dibaling mercun. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN