Quantcast

BERITA

Kedah Julang Piala Belia Dengan Jaringan di Tempat Lawan

Skuad B-19 tahun Kedah melakar kejutan bermakna di hadapan penyokong mereka sendiri. Mereka menang 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di StadiumĀ  Darulaman.

Kemenangan tipis ini sekaligus meletakkan agregate 3-3 selepas mereka tewas dalam perlawanan pertama 3-2. Kedah muncul juara menerusi peraturan jaringan di tempat lawan.

Pemain Liga Super Kedah, Akhyar Rashid ternyata dalam kelas tersendiri. Beliau beraksi sangat baik dan memberikan aksi yang menghiburkan dengan skil beliau.

Kematangan Akhyar antara hiburan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut. Beliau hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Jaringan kemenangan pasukan Kedah hadir pada minit ke-53 menerusi Asnawi Sonkurnain. Gol yang memberikan kelebihan kepada Kedah secara peraturan tempat lawan.

Kedah bertahan dengan baik dalam baki minit perlawanan. SSMP gagal untuk mencari gol penyamaan dalam perlawanan ini untuk mendahului semula secara agregate.

Kejuaraan ini membolehkan Kedah menerima hadiah RM80,000 selain daripada Piala. Manakala, SSMP pulang dengan cek RM50,000.

Kejayaan ini pastinya menggembirakan pengurusan pasukan Kedah yang banyak melahirkan bakat-bakat baru dalam arena bola sepak Malaysia.

Tahniah kepada Kedah dan syabas kepada pasukan SSMP.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!