Adakah Syafiq Ahmad Bakal Ke JDT?

Dalam satu muat naik Johor Southern Tigers semalam, mereka memuatnaik gambar pemain muda Kedah yang juga merupakan pemain B-23 tahun kebangsaan Syafiq Ahmad bersama dengan Figueroa dan TMJ.

Ramai yang membuat spekulasi ia menandakan yang pemain muda itu akan menyarung jersi JDT pada musim hadapan.

Buat masa ini, tiada berita rasmi tentang hal ini. Untuk pengetahuan pembaca, seorang pemain yang masih belum melanjutkan kontrak dalam masa 2 bulan terakhir, dikira ejen bebas dalam Liga Malaysia.

Namun buat masa ini, kami tidak pasti akan status pemain ini. Jadi ia kekal menjadi tanda tanya sama ada Syafiq Ahmad sedang mengintai peluang untuk beraksi di JDT pada musim hadapan?

Ataupun pemain ini sekadar bersantai  bersama-sama dengan pemilik merangkap Presiden FAM, TMJ dan juga duta kelab tersebut, Luciano Figueroa.

Syafiq Ahmad menjadi salah satu prospek yang baik dalam bola sepak Malaysia. Beliau boleh bermain hampir di kesemua posisi di serangan.

Analisis Taktikal: Syafiq Ahmad Memperbaiki Rantaian Serangan Kedah Di Separuh Masa Kedua

Beliau juga menjadi pemain penting Datuk Ong Kim Swee ketika membantu pasukan B-23 Malaysia mara ke Piala Asia B-23 ketika pusingan kelayakan di Bangkok.

Syafiq Ahmad tersenarai dalam skuad muda Malaysia untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan memenangi pingat perak.

Jadi, buat masa ini, tiada pengesahan tentang status Syafiq Ahmad! Jika benar pemain ini akan ke JDT, ianya pasti satu kehilangan yang agak besar untuk pasukan Kedah.

Namun pasukan Kedah telah menjadi gedung yang banyak melahirkan bakat muda di dalam bola sepak tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN