Marcos Tavares, Bekas Pemain Kedah Yang Menjadi Ancaman Liverpool

Marcos Tavares! Pemain yang pernah bermain untuk pasukan Kedah ini antara pemain tumpuan di dalam perlawanan UCL Maribor dan Liverpool.

Berikut adalah sedikit bingkisan tentang karier beliau:

Budak nakal berguru di Alor Star

Selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan jurulatih beliau di Brazil, budak nakal Marcos Tavares ini membawa diri ke Asia dan menyertai pasukan Kedah pada usia beliau 19 tahun.

Beliau mewakili Brazil dalam kejohanan belia B-17 Amerika Selatan. Jurulatih beliau di Brazil memang tahu dia ada bakat namun dia tidak menjaga disiplin dan kerap berparti.

Ketika di Kedah, beliau banyak belajar untuk mematangkan dirinya. Kehidupan sosial yang terhad dan jauh daripada rakan liarnya di Brazil membuatkan Tavares mengurangkan ketagihan kepada alkohol.

Beliau akhirnya lebih serius dalam bola sepak. Pada musim 2004, Tavares menjaringkan 11 gol liga untuk pasukan Kedah. Selepas itu beliau kembali semula ke Brazil untuk menghidupkan karier di sana dengan Atletico Paranese.

Tavares memutuskan untuk berkelana ke Kedah sekali lagi pada musim 2005/06 dan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 12 gol. Beliau menjualang kejuaraan Liga Perdana dengan pasukan Kedah.

Selepas itu beliau meneruskan karier ke Eropah selepas ejen bola sepak terkenal Roberto de Assis mahu membantu Tavares meningkatkan karier beliau sekali lagi.

Tavares menyertai beberapa kelab seperti Porto Alegre, dan APOEL. Selepas karier yang di bawah par di APOEL, beliau menyertai Maribor pada 2008.

Karier beliau di Maribor antara yang terbaik. Beliau sudah pastinya akan dikenang sebagai legenda kelab ini suatu hari nanti.

Tavares menjadi pemain penting dalam skuad Maribor. Menjadi penjaring terbanyak pasukan pada musim pertama beliau dan kedua terbanyak dalam liga.

Pada 2009/10, beliau meneruskan aksi prolifik di hadapan gol dan membantu Marinor menjuarai Piala Slovenia.

Musim berikutnya, Maribor melanjutkan kontrak beliau. Tavares membalasnya dengan menjadi penjaring terbanyak Liga Slovenia dengan 16 gol dan membantu Maribor menjuarai Liga Slovenia.

Bukan itu sahaja, beliau juga menggondol pencapaian ‘assistant’ terbaik dengan 15 bantuan gol dalam musim tersebut.

Jadi sudah pastilah beliau adalah pemenang yang tiada pencabar untuk Anugerah MVP Liga Slovenia dan juga Anugerah MVP pilihan media sukan di sana.

Pada musim 2012, Marcos Tavares menjadi penjaring terbanyak untuk pertandingan Eropah dalam sejarah kelab Maribor.

Pada musim 2012/13, beliau memenangi kasut emas kedua beliau dengan 17 gol dalam liga. Beliau sudah beraksi dalam edisi UCL untuk Maribor sebanyak 7 edisi sehingga musim 2017/18.

Beliau setakat ini memenangi kejuaraan liga dalam kesemua 7 musim dengan Maribor. Menjadikan beliau tidak pernah gagal untuk beraksi di Eropah sama ada untuk UCL ataupun UEL.

Perlawanan seterusnya, Tavares akan bergandingan dengan Jasmin Mesanovic di hadapan gol menentang Liverpool.

Gandingan ini telah mengepelai barisan serangan kelab mereka musim ini dengan purata sekitar 2 gol per perlawanan dalam liga domestik.

Jadi, adakah Tavares akan berjaya merobek gawang Liverpool awal pagi esok?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN