Thiago Junior semalam menunjukkan antara aksi terbaik beliau di atas padang sejak menyertai pasukan Perak. Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah ketika beliau merawat dirinya sendiri kerana pendarahan pada hidung beliau.
Thiago bertembung dengan pemain JDT. Pendarahan itu agak banyak dan pasukan perubatan Perak memasukkan kapas pada hidung beliau.
Namun darah tetap mengalir. Ketika pasukan perubatan Perak buntu mencari ikhtiar, Thiago merampas bandage dan membalutnya sendiri di wajahnya. Pedulikan SOP, mungkin itu dalam hatinya, yang penting berbalut!
Thiago tahu, rakan rakannya memerlukan beliau di dalam padang. Beliau resah melihat permainan yang sedang aktif di dalam padang. Ini selepas jaringan pendahuluan mereka sebelum itu disamakan Ghaddar.
Perak mencari gol kedua untuk dibawa sebagai bekalan tambahan ke Larkin selepas ini. Thiago dengan wajah yang agak kecewa kerana ditahan agak lama di tepi padang telah masuk semula.
Namun aksi Thiago ini mungkin agak berisiko dan beliau tidak seharusnya melakukannya lagi lain kali. Thiago juga dilihat bersemangat untuk naik ke atas, dan aksi beliau ketika turun ke kawasan pertahanan juga sedikit mencuit hati penyokong, yang kemudiannya memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.
Ini antara beberapa status netizen yang kagum dengan semangat kepahlawananan Thiago:
Perak dan JDT terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. Kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menambah jaringan, namun gagal untuk berbuat demikian.
Apapun, kami memang kagum melihat semangat Thiago yang meletakkan jiwanya di dalam pasukan Perak.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan, ramai pemain tempatan kitra sendiri yang tidak berjiwa sebesar itu.
Thiago menerima anugerat pemain terbaik perlawanan. Selayaknya beliau menerimanya. Beliau membuatkan Ghaddar beberapa kali diperangkan ofsaid dan pada masa yang sama bermain dengan lasak.