Ange Postecoglou Umumkan Perletakan Jawatan Sebagai Jurulatih Australia

Media Australia, The Herald Sun melaporkan ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia, Ange Postecoglou akan meletak jawatan bulan depan walaupun jika berjaya membawa Australia mara ke Piala Dunia tahun depan.

Laporan itu turut menyebut  Postecoglou akan letak jawatan bulan depan tanpa mengira keputusan perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia dan jurulatih yang berusia 52 tahun itu akan cuba membawa Australia memenangi 2 perlawanan itu.

Semalam skuad Socceroos menewaskan Syria melalui dua jaringan daripada Tim Cahill yang membawa pasukan Australia mara ke satu lagi perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia menentang wakil dari CONCACAF, Honduras pada bulan depan.

Sepanjang Postecoglou menjadi jurulatih, beliau membawa Australia muncul sebagai juara Piala Asia 2015 buat kali pertama dalam sejarah dan menerima anugerah jurulatih terbaik daripada AFC.

Tetapi selepas itu berlaku pertukaran pembantu jurulatih dan pembentukan formasi baru 3 pemain pertahanan menyebabkan beliau dikritik hebat oleh media dan penyokong Australia.

Beliau turut membawa keluar bintang Hurdersfield, Aaron Moor sehingga mengundang kemarahan Mooy ketika perlawanan menentang Syria semalam.

Moor tidak berpuas hati dengan tindakan Postecoglou mengeluarkannya untuk duduk di bangku simpanan kerana beliau masih boleh menyumbang sesuatu untuk memastikan kemenangan pasukan.

Australia akan bertemu Honduras pada 6 November ini di tempat lawan kemudian akan bermain di halaman sendiri pada 14 November di Stadium ANZ. Menang bererti mereka akan mara ke Piala Dunia 2018 buat kali 5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN