Pertemuan dua pasukan gergasi di dalam kumpulan B, Empayar Bangi FC, juara KVL Gombak dan antara pasukan yang memiliki prestasi yang cemerlang pada musim ini, menentang Hartamas Rebel FC, finalis bagi Selangor Champions League musim 2016 berakhir dengan keputusan 0-1 berpihak kepada Rebel FC.
Pada babak pertama, Empayar Bangi FC tidak dapat menampilkan corak permainan seperti perlawanan sebelum ini. Sebaliknya, Rebel yang lebih mnguasai bola di bahagian tengah. Walau bagaimanapun, jentera pertahanan Empayar masih mampu menyekat serangan-serangan dari Rebel FC
Walaupun Medina terkenal dengan penyudah berbisa beliau, namun bek tengah Empayar Bangi FC, Muhd Hafiz dengan sokongan Matin Aziz dan Zulhilmi Azmi cukup untuk memotong sebarang hantaran kepada Medina.
Pemain tunggak Rebel FC pada malam semalam merupakan central midfielder mereka dan juga Man Of The Match, Faye Jacque yang menampilkan persembahan yang cukup mantap. Di dalam pertempuran midfield tengah ini, Jacque berjaya memenangi semua bola di udara.
Ini mungkin kerana ketinggian beliau memberinya kelebihan ke atas peman-pemain Empayar Bangi FC yang lain. Selain itu, Jacque turut membuat banyak pintasan hantaran penting untuk mematahkan build up Empayar FC.
Sumbangan Jacque tidak berhenti di situ, Jacque turut memiliki vision yang baik dan banyak membuat hantaran-hantaran bola di bahagian tengah untuk membuka perlawanan buat Rebel FC.
Rebel FC kelihatan seperti satu pasukan yang sukar dihentikan. Manakala jentera pertahanan Empayar pula seperti objek pegun. Perlawanan kelihatan seperti akan berakhir dengan keputusan 0-0.
Di saat-saat akhir perlawanan ini dicalari dengan insiden yang tidak diingini. Pertembungan di antara penjaga gol Hartamas Rebel FC dan penyerang Empayar Bangi FC dianggap situasi yang berbahaya oleh pengadil. Pemain Rebel FC juga berasa banyak keputusan pengadil yang tidak tepat membakar lagi situasi ini.
Beberapa pemain cuba mengasari sesame lain di dalam kekecohan ini. Akhirnya, pengadil melayangkan tiga kad merah, dua kepada pemain Hartamas Rebel FC, Razi Effendi, penjaga gol mereka dan Mohd Nizam. Manakala Afiz Hazim dari Empayar Bangi FC turut dilayangkan kad merah juga.
Keadaan semakin tegang di kerusi pasukan pelawat, semua bahagian pengurusan Rebel FC sudah tidak duduk diam dengan keputusan pengadil yang sangat mengejutkan.
Mereka terpaksa akur dan meneruskan perlawanan. Walaupun bermain dengan 9 orang sahaja, Rebel berjaya membuat serangan terakhir dan Medina hampir membuat jaringan apabila 1 vs 1 bersama penjaga gol Empayar FC tetapi diberhentikan oleh pengadil sekali lagi kerana kekasaran.
Pasukan Rebel seolah-olah tidak dapat tahan lagi dengan keputusan pengadil yang sepatutnya membenarkan pemain meneruskan perlawanan dengan kelebihan advantage.
Wala bagaimanapun, Jacque mengambil sepakan percuma dengan sempurna, dengan sepakan terakhir perlawanan, bola melengkung masuk ke gawang gol Empayar Bangi FC.
Ternyata kegembiraan mereka terserlah pada saat ini setelah bertungkus lumus mencari gol kemenangan mereka. Empayar tewas buat pertama kali di dalam kumpulan B dengan keputusan 0-1 kepada Hartamas Rebel FC.
Statistik perlawanan