Piala Dunia Bawah-17 2017 India: Sekilas Aksi Pembukaan Peringkat Kumpulan

Aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Bawah-17 sudah bermula secara rasmi. Kejohanan ini sudah bermula secara rasmi pada 6 Oktober (Jumaat) yang lalu.

Tuan rumah langkah kiri

India ditewaskan oleh Amerika Syarikat di hadapan penyokong sendiri dalam saingan Kumpulan A. Josh Sargent, Chris Durkin dan Andrew Carleton masing-masing menyumbangkan satu gol untuk Amerika Syarikat.

Dalam aksi lain, Sadiq Ibrahim menyumbangkan gol tunggal buat Ghana ketika menentang Colombia. Gol itu dijaringkan pada minit ke-39.

Turki terikat

New Zealand berjaya mengikat Turki 1-1 di Mumbai dalam perlawanan Kumpulan B. Ahmed Kutucu menjaringkan gol pendahuluan buat Turki seawall minit ke-18. Max Mata meraih gol penyamaan buat New Zealand pada minit ke-58.

Mali pula mensia-siakan peluang mengikat Paraguay dalam saingan kedua Kumpulan B. Pada 17 minit pertama, Paraguay sudah menjaringkan dua gol. Hadji Drame dan Lassana Ndiaye menjaringkan dua gol untuk Mali sebelum tamat separuh masa pertama. Alan Rodriguez menjadi hero Paraguay apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-55.

Jerman bangkit

Dalam saingan Kumpulan C, Jerman berjaya melepasi ujian Costa Rica. Jan Fiete Arp mencetak gol Jerman pada minit ke-21. Kemudiannya Costa Rica menyamakan kedudukan pada minit ke-64 melalui Andres Gomez. Noah Awuku akhirnya menjaringkan gol kemenangan untuk Jerman seminit sebelum masa sebenar tamat.

Iran pula membenam cabaran Guinea. Tiada gol dijaringkan sewaktu separuh masa pertama. Namun 3 gol dijaringkan Iran masing-masing pada minit ke-59, ke-70 dan ke-90. Guinea pula meraih gol saguhati pada minit kecederaan. Keputusan berakhir Iran dengan 3 gol berbalas 1.

Brazil langkah kanan

Gol dari Lincoln dan Paulinho berjaya menyelamatkan maruah Brazil ketika bertemu Sepanyol. Sepanyol mendahului skor apabila pemain Brazil, Wesley terjaringkan gol sendiri. Kedudukan Brazil mendahului skor 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Korea Utara pula ditewaskan oleh Niger. Salim Abdourahmane menjaringkan satu-satunya gol perlawanan bagi menjamin kemenangan skuad dari Afrika itu. Niger membuat penampilan sulung di kejohanan ini.

Aksi Kumpulan E dan F

New Caledonia pula bertemu Perancis dalam pembukaan Kumpulan E. Begitu juga Honduras menentang Jepun.

Aksi sulung Kumpulan F pula menyaksikan Chile menentang England dan Iraq melawan Mexico.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN