Senario Panas Menjelang Aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia vs Hong Kong

Pihak berkuasa Hong Kong pastinya akan memerhatikan secara dekat perlawanan antara Malaysia dan Hong Kong selepas kejadian beberapa kumpulan penyokongnya yang tidak menghormati lagu kebangsaan China dalam aksi persahabatan menentang Laos, 5 Oktober lalu.

Penyokong Hong Kong dilihat mengejek, memusingkan badan ke belakang dan menunjukkan isyarat lucah ketika lagu kebangsaan China dimainkan. Hong Kong merupakan negara yang berada di bawah pemerintahan pusat di Beijing, China. ‘One country, two systems’.

Beberapa kumpulan penyokong dilihat mengangkat sepanduk dan kain rentang yang tertulis ‘Hong Kong is not China’, ‘Fight For Hong Kong’ dan ‘Boo’. Ini merupakan kali ketiga para penyokong bola sepak Hong Kong mengekspresikan perasaan mereka di stadium.

Panji Provokasi Yang Sering Digunakan Oleh Penyokong Hong Kong Untuk Mengekspresikan Perasaan Mereka. Foto: Isaac Lawrence/AFP/Getty Images

Menurut Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA), tiada langkah keselamatan tambahan akan dilaksanakan dan segalanya akan berjalan seperti biasa, termasuk perlawanan menentang Malaysia. Menurut sumber dalaman HKFA, ia adalah sukar untuk menghentikan perlakuan mereka.

Namun, pihak berkuasa Hong Kong telah mengeluarkan amaran sekiranya perkara yang sama berulang ketika aksi menentang Malaysia, Hong Kong mungkin terpaksa beraksi tanpa kehadiran para penyokong selepas ini.

Sebelum ini, HKFA pernah didenda 10,000 Swiss Franc (RM 43,268) oleh FIFA atas kelakuan ‘kurang wajar’ para penyokongnya serta kegagalan pihak HKFA mengawal tingkah laku para penyokongnya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Qatar.

Antara Pemain Terbaharu Yang Direkrut Hong Kong, Jordi Tarres.
Foto: Chan Kin-wa

Sementara itu, tumpuan Hong Kong juga akan terarah untuk melihat aksi beberapa pemain natrulalisasi yang telah dibawa untuk aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2019, malam esok. Antara yang terbaharu adalah 3 pemain berdarah Sepanyol, Jordi Tarres, Dani Cancela dan Fernando Recio.

Jordi Tarres adalah pemain kelahiran Bercelona dan kini sedang beraksi secara pinjaman bersama kelab Le Man FC. Dengan ketiadaan penyerang sensasi Hong Kong, Chan Siu Ki, Tarres dijangka bakal diberikan peluang selepas menyerlah dalam kemunculan pertamanya menentang Laos.

Penyerang berusia 36 tahun ini telah membuka jaringan dalam perlawanan yang dimenangi Hong Kong dengan keputusan 4-0. Untuk rekod, Tarres telah meledakkan lebih 60 gol sepanjang 7 tahun beraksi di Hong Kong dan mungkin atas sebab itu dia telah dibawa masuk ke kem Hong Kong.

Malaysia dan Hong Kong memerlukan kemenangan untuk terus menghidupkan peluang beraksi di Piala Asia 2019. Lubnan sedang mendahului aksi kumpulan dengan tujuh mata, Korea Utara dan Hong Kong dengan dua mata. Malaysia di dasar kumpulan dengan satu mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN