Jose Mourinho terkejut dengan kepulangan beliau ke kampung halamannya kali ini. Ini kerana, pihak berkuasa tempatan telah memberikan penghargaan kepada beliau.
Pihak berkuasa tempatan di Setubal telah mengabadikan nama Jose Mourinho di sebuah lorong dan menggelarnya Lorong Jose Mourinho.
Ia tanda penghargaan dan rasa bangga mereka kepada Mourinho yang kini merupakan pengurus elit dalam arena bola sepak dunia.
Mayor daerah Setubal, Maria das Dores Meira memberithu:
“Sebelum ini, lorong ini digelar ‘Rua da Saude’ (lorong sihat). Dan kini secara rasminya lorong ini akan digelar Avenida Jose Mourinho”
Mourinho ternyata gembira dengan penghargaan ini walaupun tidak segah nama Ronaldo yang sebelum ini yang digunakan untuk lapangan terbang. Mourinho berkata:
“Jika anda tanya saya, apa perasaan saya? Saya gembira, teruja dan bangga, itu sudah pastinya. Saya bersetuju dengan apa sahaja.”
“Saya akan sentiasa mahu pulang ke sini, Setubal. Menjadi diri saya yang biasa.”
“Saya datang ke Setubal kerana saya sayangkan Setubal. Saya ada emak di sini dan terasa lebih dekat dengan ayah saya.”
“Saya datang ke Setubal kerana anak-anak saya tidak pernah merasai membesar di sini dan mereka sayangkan Setubal seperti saya juga.”
“Di Setubal barulah saya merasai menjadi diri sendiri, barulah saya menjadi Ze Mario (nama panggilan beliau di kampung), dan ketika saya berjalan di sekitar tempat ini, orang di sini melayan saya seperti biasa.”
Ze Mario rupanya nama panggilan Mourinho di kampungnya. Anda pun pasti ada nama panggilan di kampung anda, dan buatkan anda rasa lebih rapat dengan rakan-rakan dan orang kampung anda bukan?