Bibiana Steinhaus, Pengadil Wanita Bundesliga Pertama Lakukan ‘Debut’ Cemerlang

Bibiana Steinhaus berjaya melakukan debut penuh bersejarah untuk menjadi pengadil wanita pertama yang mengadili perlawanan Bundesliga di Jerman.

Tugasan pertama beliau adalah perlawanan Bundesliga di antara Hertha Berlin vs Werder Bremen. Perlawanan berakhir 1-1. Tiada keputusan kontroversi di dalam pengadilan beliau dan hanya 1 kad kuning dilayangkan.

Bibiana mendapat banyak pujian daripada media dan peminat di dalam tugasan pertama beliau. Ada yang menganggap beliau sudah bersedia untuk mengadili perlawanan lebih besar termasuk Piala Dunia.

Bibiana sebelum ini sudah menjadi pengadil 2.Bundesliga selama 10 tahun. Beliau adalah pegawai polis yang berusia 38 tahun.

Bibiana Steinhaus memberikan 1 ‘advantage’ yang sangat baik untuk membolehkan pemain Hertha Mathew Leckie meneruskan permainan walaupun rakannya, Vladimir Darida dikasari.

Sebelum ini Steinhaus menjadi tumpuan dunia ketika mengadili perlawanan DFB Pokal melibatkan Bayern Munich vs Chemnitzer FC pada musim lalu dan perlawanan berakhir 5-0.

Prestasi dan reputasi baik Steinhaus membuatkan Bundesliga menghadiahkan beliau jawatan pengadil Bundesliga.

Steinhaus berkata selepas perlawanan debut beliau:

“Saya berasa sangat lega, secara jujurnya itu sudah berakhir dengan jayanya. Dan kini saya tidak sabar-sabar untuk perlawanan seterusnya. Esok saya akan kembali kepada kehidupan normal saya sebagai pegawai polis.”

Tahniah Bibiana Steinhaus! Kami tumpang bangga dengan anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN