Tekanan kini semakin meningkat buat pengurus Crystal Palace – Frank De Boer.
Bekas pengurus Ajax Amsterdam itu mengalami tekanan apabila gagal memberikan sebarang mata buat pasukan dari London selepas 4 perlawanan Premier League musim ini.
Terbaharu, Crystal Palace tewas 1-0 di tangan pasukan Burnley di Turf Moor.
Gol yang terhasil adalah menerusi Chris Wood yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Crystal Palace yang melakukan hantaran ke belakang yang lemah.
Beliau mengambil kesempatan diatas kesilapan itu untuk menjaringkan gol seawal minit ke-3 perlawanan.
De Boer nyata kecewa selepas perlawanan itu apabila mereka tidak berjaya menggunakan segala peluang yang ada untuk mendapatkan gol buat diri mereka sendiri.
Walaupun secara statistiknya mereka beraksi cemerlang, akan tetapi bola sepak merupakan sukan yang mementingkan keputusan dan De Boer masih lagi belum mendapatkan keputusan yang dimahukannya.
“Saya tak percaya yang kami kalah perlawanan menentang Burnley.”
“Kami nyata kecewa dengan keputusan pasukan namun tidak dengan prestasi pasukan.”
Crystal Palace kini di tangga ke-19 Premier League dengan sifar mata selepas gagal kesemua 4 perlawanan awal mereka.
Mereka memboloskan 7 gol dengan tidak berjaya menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan itu.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Burnley 1-0 Crystal Palace; http://www.bbc.com/sport/football/41139096