Pemain antarabangsa Sepanyol, Diego Costa itu dijangka kembali ke Chelsea dalam masa terdekat ini selepas gagal melakukan perpindahan idaman beliau ke Atletico.
Namun adakah beliau akan berlatih dengan pasukan utama ataupun pasukan B-23? Itu kita tunggu dan lihat nanti. Apa yang pasti penyerang berusia 28 tahun ini tidak disenaraikan dalam senarai 25 orang untuk UCL.
Manchester United melakukan kejutan apabila memasukkan nama Zlatan Ibrahimovic dan James Wilson di dalam skuad mereka. Adakah ini petanda Zlatan Ibrahimovic akan kembali ke kem United lebih awal dalam kejohanan UCL.
James Wilson diberikan nombor 29, meskipun belum pernah bermain untuk United sejak musim 2015/16.
Barcelona telah memasukkan Arda Turan dan Thomas Vermaelen dalam skuad mereka. Ernesto Valverde berhasrat untuk mengekalkan kedua-dua pemain di Camp Nou meskipun laporan media mengaitkan 2 pemain ini dalam senarai untuk dijual.
Kem Liverpool pastinya menjadi tumpuan. Selain daripada menjawab persoalan dengan menyenaraikan Coutinho. Kem The Reds juga kecoh apabila Nathaniel Clyne, Danny Ings dan Lazar Markovic telah disisihkan.
Clyne masih lagi cedera. Dan mungkin akan didaftarkan di dalam skuad pada Januari nanti. Adakah Clyne benar-benar mengalami kecederaan yang serius sehingga Januari? Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh penyokong Liverpool.
Skuad Manchester City mendaftarkan sekali nama Eliaquim Mangala dan Fabian Delph selepas kedua-dua pemain itu gagal memeterai perpindahan dengan kelab baru pada deadline day tempoh hari.
Di Spurs, Vincent Janssen dan Erik Lamela antara nama besar yang tidak disenaraikan dalam UCL.
Skuad Borussia Dortmund tidak mendaftarkan terus pemain prospek baru mereka, Jadon Sancho yang berusia 17 tahun yang ditandatangani dari Manchester City pada hari terakhir perpindahan. Reus pula disisihkan untuk skuad kali ini.
Pusingan pembukaan perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung pada 12 dan 13 September ini.
Senarai ini akan dirombak semula pada Januari nanti selepas perpindahan pemain pertengahan musim.