Javier Tebas: “UEFA Sebenarnya Tidak Pernah Menyiasat PSG Dan Man. City Untuk Isu FFP”

Presiden La Liga, Javier Tebas kecewa dengang UEFA yang dituduh beliau tidak menyiasat PSG dan Manchester City berkaitan dengan Financial Fair Play (FFP).

UEFA sebelum ini di dalam kenyataan rasmi mereka mengesahkan yang mereka sedang menyiasat dan memantau akaun pasukan PSG. Namun menurut Tebas, UEFA tidak melakukannya.

Lebih mengecewakan Tebas apabila UEFA mengesahkan yang tiada siasatan dijalankan ke atas Manchester City.

Javier Tebas sebelum ini yakin bahawa PSG secara terang sudah melanggar FFP ketika mereka membeli Neymar. Tebas juga memberitahu yang pihak La Liga sudah memohon kepada UEFA agar siasatan telus dilakukan ke atas PSG dab Manchester City.

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Tebas masih berkeras dengan tuduhan beliau bahawa PSG dan Manchester City menerima suntikan kewangan daripada kerajaan Qatar. Sumber seperti ini tidak dibenarkan di dalam bola sepak dan ia mewujudkan jurang yang tidak adil kepada kelab lain.

PSG dibiayai oleh Qatar Sports Investment sejak 2011. Manakala Manchester City dibiayai Abu Dhabi United Group sejak 2008.

Tebas menganggap ia sebagai wabak yang memudaratkan industri bola sepak. Manchester City dan PSG berbelanja ratusan juta untuk membeli pemain baru pada jendela pra musim ini.

PSG membeli Neymar dengan 2 kali ganda harga pemain termahal dunia sebelum ini Paul Pogba. Jumlah yang dibayar PSG adalah €222 juta.

Tidak lama kemudian, PSG mendapatkan Mbappe yang dipinjam terlebih dahulu untuk mengelakkan disabitkan kesalahan FFP. Nilai Mbappae adalah sekitar £165.7 juta dan akan dibayar pada musim hadapan.

Manchester City pula berbelanja sekitar £215 juta dan ia adalah jumlah perbelanjaan terbesar dalam perpindahan kali ini.

Kedua-dua kelab sebelum ini menafikan dakwaan bahawa mereka bergantung kepada dana sesebuah kerajaan. Sebaliknya PSG dan City berkata, mereka menjana pendapatan hasil daripada penajaan dan komersil.

Tebas tidak gembira dengan kenyataan itu dan beliau berkata:

“La Liga meminta agar UEFA memulakan siasatan ke atas PSG dan City. Siasatan hendaklah merangkumi sejarah perbelanjaan kedua dua kelab.”

Sumber

BBC – http://www.bbc.com/sport/football/41146009

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN