Eden Hazard Mahu Diego Costa Kembali Ke Chelsea

Eden Hazard

Tonggak Chelsea, Eden Hazard mahu rakan sepasukannya, Diego Costa yang masih bercuti di Brazil untuk kembali ke pangkuan kelab tersebut.

Costa kelihatan sudah tawar hati untuk bersama Chelsea mengharapkan agar beliau dapat kembali menyertai kelab lamanya, Atletico Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini namun semuanya tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua kelab gagal untuk mendapatkan persetujuan.

Walaupun penyerang berusia 29 tahun itu tidak tersenarai dalam skuad yang akan menggalas tanggungjawab Chelsea di Liga Juara-Juara Eropah, Antonio Conte masih memasukkan nama Costa dalam senarai 25 pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris musim ini.

”Saya mahu beliau kembali bersama kami tetapi anda tahu yang saya tidak boleh membuat sebarang keputusan. Namun beliau merupakan seorang yang hebat, pemain yang hebat.”

”Kami menghabiskan masa tiga tahun bersama dan kami memenangi segala-galanya, bukan memenangi Liga Juara-Juara tetapi kami memenangi kejuaraan  liga. Ia merupakan satu kegembiraan apabila dapat beraksi bersama Costa.” kata Eden Hazard pada majlis bersama Nike.

“Saya berharap agar dia dapat mencari penyelesaian tidak lama lagi dan saya juga mahu melihatnya di padang nanti.”

Costa kini masih berada di Brazil. Kredit foto: Goal

Walaupun dengan ketiadaan Costa dan kekalahan pada perlawanan pembukaan ditangan Burnley, Hazard yakin Chelsea mampu mencabar kejuaraan liga musim ini.

”Kami mahu memenangi sesuatu yang besar bersama Chelsea dan itu yang kami selalu mahukan pada permulaan musim,” kata beliau lagi.

Segala permasalahan ini bermula apabila Conte menghantar pesanan di aplikasi Whatsapp bahawa pemain kelahiran Brazil itu tiada dalam perancangannya pada musim baru ini. Kehadiran Alvaro Morata seakan terus menutup peluang Costa di Chelsea.

Namun, langkah untuk ‘merajuk’ dan tidak kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan lain di Pusat Latihan Cobham ternyata mengundang masalah dan memperlihatkan Costa tidak profesional dalam menangani masalah ini.

Diego Costa yang sudah beraksi selama 3 musim di Stamford Bridge memulakan kariernya di Stamford Bridge pada tahun 2014 selepas berpindah dari Atletico Madrid dan telah mencetak 52 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/hazard-wants-awol-costa-back-chelsea/1hun0k41xkix51olx71w2q6x21

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN