Jaringan Lukaku Jadi Tiket Penerbangan Belgium Ke Russia 2018

Jaringan tandukan minit ke-74 penyerang bernilai £75 juta, Romelu Lukaku telah berjaya membantu Belgium ke Piala Dunia 2018.

Belgium menjadi negara Eropah pertama (daripada pusingan kelayakan) dan yang ke-6 dunia mara ke Piala Dunia 2018. 5 negara yang sudah sah sebelum ini ialah Brazil, Jepun, Iran, Mexico, dan hos Russia.

Kemenangan 1-2 Belgium ke atas Greece ini membolehkan mereka mengutip 22 mata daripada 8 perlawanan. 8 mata di atas Bosnia yang turut menang 4-0 ke atas Gibraltar. Kini pusingan kelayakan Eropah berbaki 2 perlawanan sahaja lagi.

Belgium mendahului pada minit ke-70 menerusi rembatan deras Jan Vertonghen. Namun tidak lama selepas itu, pemain Greece kelahiran Portugal, Zeca menyamakan kedudukan.

Namun seminit selepas itu, penyokong tuan rumah terdiam dengan gol pendahuluan Romelu Lukaku. Di seksyen penyokong Belgium, mereka bersorak gembira.

Greece kini berada di tangga ke-3 dengan hanya 13 mata. Mereka hanya mengutip 1 mata dalam 2 perlawanan di tempat sendiri kali ini.

Lukaku pastinya mahu menjadi penyerang utama dalam kem Belgium pada Piala Dunia Russia. Sebelum ini beliau kehilangan tempat kepada Divock Origi dalam kempen Piala Dunia 2014.

Selain daripada Lukaku dan Origi, Belgium juga memiliki pemain seperti Benteke di posisi nombor 9. Generasi emas Belgium ini dikritik hebat sebelum ini kerana gagal beraksi cemerlang dalam kejohanan major.

Piala Dunia 2018 adalah masa terbaik untuk mereka memberikan sesuatu kepada negara mereka. Belgium pastinya sedar bahawa generasi emas yang mereka miliki hari ini perlu memenangi sesuatu.

Bosnia memintas Greece di tangga ke-2. 2 jaringan Edin Dzeko ditambah dengan 2 lagi gol daripada Kenan Kodro dam Senad Lulic membolehkan mereka menang 4-0 ke atas Gibraltar.

Tahniah Belgium!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN