Presiden kelab Everton, Farhad Moriri menyatakan beliau terkejut apabila Ross Barkley menolak tawaran daripada Chelsea dalam hari terakhir perpindahan pemain.
Chelsea telah melancarkan bidaan sekitar £35 juta untuk mendapatkan Barkley. Everton sudah bersetuju menerima angka tersebut dan memberikan kebenaran untuk Chelsea bercakap dengan Barkley.
Ini untuk membincangkan terma peribadi dan seterusnya bergegas untuk pemeriksaan medikal. Namun begitu Barkley telah menolak tawaran daripada juara bertahan England itu.
Beliau dilaporkan masih menanti bidaan daripada Tottenham Hotspur sepanjang dealine day semalam.
Spurs yang pada masa yang sama masih dalam usaha membawa Andre Gomes secara pinjaman turut gagal untuk memeterai perjanjian dengan bintang Barca itu.
Spurs juga tidak melancarkan bidaan saat akhir untuk Barkley. Kini Barkley akan kekal di Everton dan mengintai peluang pada Januari ini untuk menyertai Spurs.
Barkley menjadi pemain ke-2 menolak untuk menyertai Chelsea setelah yuran perpindahan dipersetujui kelab. Semalam Oxlade Chamberlain berbuat demikian atas alasan tidak mahu menjadi bek sayap.
Moshiri memberitahu Sky Sports:
“Ia satu kejutan yang sangat besar. Tetapi itulah bola sepak.”
Sebelum itu, Chelsea turut terlepas Fernando Llorente di saat akhir kepada Spurs. Chelsea pada awalnya menjadi satu-satunya kelab pilihan untuk mendapatkan Fernando Llorente, tetapi tiba-tiba Spurs masuk dalam persaingan dan berjaya menandantangani pemain tersebut.