Carragher: “Pihak Atasan Arsenal Pengecut, Terlalu Takut Nak Singkirkan Wenger”

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher menyifatkan pihak atasan Arsenal telah melakukan kesilapan dengan menawarkan lanjutan kontrak kepada Arsene Wenger.

Wenger memperoleh kontrak lanjutan selama 2 tahun sebagai pengurus Arsenal selepas berjaya membantu kelab itu menjuarai FA Cup pada musim lalu menewaskan Chelsea.

Bagi Carragher, kelompok penyokong Arsenal yang mahukan Wenger pergi dari kelab itu adalah kelompok yang betul dengan pendapat mereka.

“Bagi saya, pihak atasan kelab telah mensia-siakan peluang untuk mendapatkan pengurus baharu pada musim lalu.”

“Mereka tidak mencari pengurus baharu, sebaliknya memilih untuk mengekalkan Arsene Wenger di kelab.”

Kata Carragher lagi, peminat Arsenal akan menyaksikan corak permainan yang tidak banyak bezanya dengan corak pada 10 tahun yang lalu untuk tempoh 2 tahun lagi.

“Itu perkara 10 tahun lepas. Tetapi kita semua akan saksikan persembahan yang sama dari Arsenal untuk tempoh 2 tahun lagi.”

Satu perkataan yang paling sesuai untuk diberikan kepada pihak atasan Arsenal menurut Carragher adalah ‘pengecut’.

“Mereka terlalu takut untuk menukar pengurus baharu. Mereka terlalu takut untuk singkirkan pengurus yang sudah menjadi legenda kelab dan berikan kejayaan kepada mereka.”

“Musim lalu saya dikecam kerana kata pihak atasan Arsenal sebagai pengecut di kaca TV. Tapi musim ini saya nak cakap lagi, mereka pengecut!”

Sumber:

  1. Daily Express (2017): Board ‘bottled it’ by giving Arsene Wenger new contract – Jamie Carragher; http://www.express.co.uk/sport/football/846521/Arsenal-News-Arsene-Wenger-contract-Jamie-Carragher

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN