Nampaknya, drama belum lagi habis.
Barcelona mengambil tindakan drastik dalam isu mereka bersama-sama bekas pemain mereka iaitu Neymar dengan menyaman pemain tersebut.
Dalam kenyataan mereka itu, Barcelona mahukan Neymar untuk mengembalikan semula bonus yang dibayar oleh kelab tersebut sebanyak £7.8 juta.
Bonus tersebut merupakan bonus pemberian Barcelona selepas Neymar menandatangani kontrak baharu bersama-sama kelab tersebut pada tahun lalu.
Selain itu juga, Barcelona juga mahukan tambahan 10% bayaran diatas kelewatan pembayaran dilakukan.
“Barcelona mendesak agar bayaran semula dilakukan oleh Neymar atas alasan beliau tidak memenuhi kontraknya.”
Dalam masa yang sama, Barcelona juga meminta kerjasama oleh kepada pihak Paris Saint-Germain (PSG) untuk bertanggungjawab diatas perkara ini.
Mereka mahukan kelab Perancis itu untuk membayar apa yang dituntut Barcelona jika Neymar tidak mahu berikan kerjasama!
PSG dikatakan terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh Barcelona.
Bagi mereka, mereka amat menyesali akan tindakan Barcelona yang mahu melakukan tuntutan tersebut.
Kelab La Liga itu juga telah membuat keputusan untuk tidak membayar bonus kesetiaan yang sepatutnya dibayar kepada Neymar dengan jumlah sebanyak £23 juta.
Bagaimana perkara ini akan berakhir? Adakah Barcelona akan berjaya mendapatkan tuntutan mereka?
Sumber:
- BBC Sport (2017): Barcelona sue Neymar over world record transfer to Paris St-Germain; http://www.bbc.com/sport/football/41014149