Peristiwa hitam yang melanda Barcelona tempohari nyata memberikan kesan kepada mereka yang tinggal di kawasan tersebut.
Insiden yang berlaku tersebut telah mengorbankan 14 orang terkorban selepas pihak pengganas merempuh menggunakan van putih yang melanggari kawasan tumpuan orang ramai di sana.
Perisitiwa yang berlaku itu nyata telah menyatukan jiwa dan raga semua pihak yang berada di kawasan tersebut untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Ia juga termasuklah dengan pemain Barcelona sendiri iaitu Lucas Digne.
Menurut sumber di Barcelona, Digne telah memainkan peranan beliau sebagai seorang yang tinggal di Barcelona dengan membantu mereka yang memerlukan bantuan ketika itu.
Semuanya bermula selepas Digne terdengar satu jeritan suara yang menjerit meminta pertolongan.
Beliau yang kebetulannya berada di rumah pangsa miliknya terus turun dengan membawa tuala serta botol air untuk diberikan kepada yang memerlukan.
Digne menyertai ramai lagi orang awam yang lain yang turut membantu mangsa-mangsa serangan dengan memberikan bantuan perubatan sementara menantikan kehadiran bantuan perubatan yang sebenar.
Satu tindakan yang terpuji yang oleh Digne, secara tak langsung ia telah memenangi hati peminat Barcelona untuk pemain itu.
Tidak dilupakan juga orang-orang awam yang lain yang turut membantu mangsa dalam kesusahan. Anda adalah wira!
Sumber:
- Antena 3 (2017): Lucas Digne salió de su casa para ayudar a los heridos en el atentado de Barcelona; http://www.antena3.com/noticias/deportes/futbol/lucas-digne-salio-casa-ayudar-heridos-atentado-barcelona_20170821599b07320cf21186a8bb4c06.html