Manchester United berada di puncak liga untuk minggu ke-2 berturut-turut selepas satu lagi kemenangan komprehensif 4 gol berbalas kosong.
1. Swansea tiada karakter inspirasi
Swansea City pastinya merindui karakter seperti Sigurdsson ketika pasukan mereka ketinggalan 0-1. Pemain mereka yang ada kelihatan tidak ada karakter yang kuat.
Masuk separuh masa kedua, selepas jaringan kedua Lukaku, mereka terus kehilangan arah dan melepaskan 2 gol lagi.
Tiada respon yang signifikan daripada Swansea walaupun pada separuh masa pertama mereka beraksi agak baik dan menghadirkan ancaman.
2. Persembahan lewat United (late show)
United menjaringkan 8 gol daripada 2 perlawanan. Menariknya. 6 daripada 8 gol tersebut dilakukan pada minit 80 dan ke atas.
Kemasukan pemain seperti Fellaini dan Martial dalam 2 perlawanan awal ini benar-benar memberikan tekanan berbeza. Fergie time ? atau Fellaini time?
3. 8 gol 2 clean sheet oleh United
Ia membuktikan pasukan ini seimbang. Mereka tajam di hadapan gol dan sangat kental apabila bertahan.
Pecahan 4 gol mereka semalam adalah dari pemain pertahanan, tengah, penyerang utama dan pemain sayap. Mereka juga mengutip 6 mata penuh dalam 2 perlawanan pertama ini. Jose Mourinho sendiri takjub dengan aksi anak buah beliau di dalam padang.
Jaringan-jaringan babak lewat ini dianggap pembunuh yang kejam kepada lawan mereka.
4. Lukaku
Lukaku berhak diberikan satu kolum khas dalam artikel ini. Ini kerana beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan pertama United.
Ianya penting untuk Lukaku tidak merasa tekanan dari tag harga beliau dan menjadi penyerang di kelab besar seperti Manchester United.
Sebelum ini rekod cemerlang beliau adalah ketika pinjaman di West Brom dan juga ketika bermain untuk Everton.
5. Kreativiti United
Henrik Mkhitaryan melakukan 2 bantuan gol di dalam perlawanan ini. Paul Pogba mencipta banyak peluang dan juga meningkatkan dominasi beliau di tengah pada separuh masa kedua.
Pogba sendiri melakukan jaringan yang dianggap pengulas sebagai ‘sweet goal.’