5 Perkara Daripada Kekalahan 1-0 Arsenal Di Tangan Stoke

Arsenal tewas di tangan Stoke City dalam perlawanan kedua EPL musim 2017/18 selepas perlawanan ‘thriller’ 7 gol menentang Leicester pada hari pembukaan.

1. Arsenal tumpul

Arsenal mencipta banyak sekali peluang di dalam perlawanan ini dengan variasi hantaran. Danny Wellbeck di antara pemain yang mungkin boleh menjaringkan 2 gol daripada perlawanan ini dnegan peluang yang beliau ada.

Secara keseluruhannya Arsenal mencipta 12 peluang gol. Ini adalah 18 cubaan gol daripada Arsenal di dalam perlawanan ini.

Arsenal menjadi pasukan pertama dengan rekod 77% penguasaan bola dalam perlawanan EPL. Namun malangnya mereka masih tewas.

2. Butland cemerlang

Musim lalu Butland mempamerkan beberapa persembahan individu terpuji di dalam perlawanan. Kali ini beliau menunjukkan aksi cemerlang sekali lagi.

Ada beberapa kali pertahanan Stoke hilang fokus namun Butland menjadi tembok akhir yang kebal. Ini sekaligus meningkatkan reputasi beliau untuk menyaingi slot nombor 1 di kem England.

Antara pertarungan yang paling kerap adalah Butland vs Wellbeck. Butland melakukan banyak aksi menyelamat menarik termasuk menafikan cubaan Aaaron Ramsey dan Bellerin.

3. Monreal lemah bermain bek tengah

Nacho Monreal dijadikan pemain bek tengah tengah bukannya bek tengah kanan (right center back) mahupun bek tengah kiri (left center back).

Dalam perlawanan pertama menentang Leicester, Monreal telah menunjukkan yang beliau kerap gugup dalam beberapa keadaan sebagai pemain bek tengah sebenar.

Gol Jese Rodriguez antara lain sebabnya apabila Monreal menukar ‘pace’ beliau sedikit, terus pemain tersebut memiliki ruang secukupnya untuk melakukan cubaan gol.

Secara ringkasnya memang Monreal tidak efektif bermain bek tengah di dalam 2 perlawanan pertama ini.

4. Jese penjaring kemenangan

2 percubaan gol, 2 percubaan tepat dan 1 gol daripada bekas pemain Real Madrid ini. Beliau jelas memiliki kualiti yang kita pernah lihat ada pada beliau satu ketika dahulu sebelum kecederaan panjang di Real Madrid.

Gandingan beliau dengan Shaqiri kelihatan semakin meningkat dalam perlawanan ini. Namun sayangnya Shaqiri terpaksa dikeluarkan kerana cedera.

Beliau tiba di Stoke hanya 48 jam sebelum perlawanan ini. Menjaringkan gol dalam debut di hadapan penyokong sendiri menentang kelab seperti Arsenal adalah satu perkara yang hebat!

5. Ozil beraksi di bawah par

Sistem serangan Arsenal adalah berasaskan perubahan struktur nombor 9 yang ditentukan oleh posisi Ozil. Jika Ozil bermain di peranan nombor 10, Lacazette dan Wellbeck akan membentuk peranan sebagai no.9 kembar dalam sistem 3-4-1-2.

Dan apabila Ozil pergi ke sisi, contohnya ke sisi kanan. Lacazette dan Wellbeck akan megambil sama ada posisi sayap ataupun nombor 9. Sistem ini sangat fluid dan pertukaran peranan di antara Wellbeck dan Lacazette sangat kerap.

Ini gambarannya, di mana serangan bertiga Arsenal dalam 3-4-3.

Namun yang menjadi isu adalah Ozil tidak cukup bertenaga dan beraksi di bawah par dalam menjadi paksi kepada sistem serangan ini. Kesannya berlaku beberapa situasi serangan bertiga mereka lambat membentuk formasi.

Pada separuh masa kedua, Arsene Wenger melupakan sistem ini dan bermain 4-3-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN