David Beckham Dipilih Sebagai Duta Baharu PES, Ikat Kontrak Jangka Panjang

Kejutan buat semua!

Konami menerusi siri permainan video bola sepak mereka iaitu Pro Evolution Soccer (PES) telah berjaya melakukan kejutan dengan menandatangani legenda England iaitu David Beckham sebagai duta mereka.

Tindakan yang mengejutkan ramai pihak itu menyaksikan bekas pemain Manchester United dan juga Real Madrid itu memeterai perjanjian jangka panjang dengan permainan video itu secara eksklusif.

Gambar: Konami

Beckham bakal menyertai barisan pemain legenda seperti Diego Maradona, Romario dan juga Ivan Zamorano sebagai barisan para pemain yang dikenali sebagai MyClub Legends.

MyClub merupakan mod permainan PES yang menyamai mod FIFA Ultimate Team di siri FIFA.

Apa yang menarik, Beckham akan hadir dengan 5 versi yang berbeza dalam PES2018. 5 versi berbeza ini dibezakan dengan rating pemain tersebut yang berlainan berdasarkan tempoh karier bekas pemain England itu.

Kami yakin pasti ramai pemain PES mahu dapatkan Beckham versi ketika beliau di puncak prestasi bukan?

Bagi Beckham, beliau amat teruja apabila mengesahkan penyertaan beliau sebagai duta PES yang baharu ini.

“Saya teruja untuk menyaksikan bagaimana karier saya dicipta semula di dalam permainan video yang hebat ini.”

Sempena pengumuman ini, Konami telah menghasilkan trailer istimewa mengumumkan kehadiran Beckham sebagai ahli baharu legenda PES.

Apa yang menarik, mereka mencipta semula gol sepakan percuma yang dihasilkan Beckham pada 2001 yang memberikan tempat ke Piala Dunia 2002 buat England.

Sumber: 

  1. Express (2017): David Beckham strikes blow to FIFA by signing SHOCK long-term deal; http://www.express.co.uk/entertainment/gaming/842992/David-Beckham-PES-2018-FIFA-18-Konami

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN