Presiden JDT Tunku Tun Aminah Selamat Bernikah Dengan Dennis Muhammad

Presiden JDT iaitu Tunku Tun Aminah sebentar tadi telah pun selamat bergelar isteri kepada pemuda bernama Dennis Muhammad Abdullah.

Dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan Istana Bukit Serene di Johor Bahru, pasangan ini telah pun selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan sebentar tadi.

Majlis pernikahan itu telah diadakan dengan dihadiri oleh para kerabat diraja Johor serta wakil dari pihak pengantin lelaki sendiri.

Kelibat Sultan Johor serta penaung JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berada pada majlis penuh bersejarah ini.

Tunku Tun Aminah yang merupakan presiden bagi kelab JDT merupakan Puteri Johor sementera Dennis merupakan seorang pemuda yang berasal dari Belanda.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Majlis persandingan pasangan diraja ini bakal dilangsungkan pada petang ini dengan jangkaan 1,200 tetamu bakal menghadiri majlis tersebut.

Ia turut akan disiarkan secara langsung menerusi layar gergasi yang akan dipasang di Dataran Bandaraya serta di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Kami di Semuanya BOLA merafak sembah tahniah kepada Tunku Tun Aminah dan suami diatas pernikahan mereka sebentar tadi,

Semoga berbahagia hendaknya.

Sumber:

  1. Malaysiakini (2017): Royal wedding: New life for Tunku Aminah and husband; https://www.malaysiakini.com/news/391751

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN