Tahniah kami ucapkan kepada Shahrel Fikri!
Kenapa? Penyerang PKNP FC ini telah pun berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi Liga Perdana untuk bulan Julai!
Shahrel yang juga kapten PKNP FC berjaya menewaskan 4 lagi calon yang merupakan para pemain import kesemuannya untuk muncul pemain paling ramai dipilih peminat untuk bulan Julai.
Beliau mengumpul 52.32% dengan 1,103 undian memihak beliau.
Tempat kedua diisi oleh penyerang hebat Terengganu iaitu Tcheche Kipre dengan memperoleh 41.98% dengan jumlah undian sebanyak 885 undian.
2 pemain Kuala Lumpur yang tercalon untuk anugerah ini pada bulan tidak berjaya untuk menghadirkan saingan apabila hanya mampu menduduki tangga ke-3 dan juga ke-4.
Pemain tengah Paulo Josue memperoleh 2.47% dengan 52 undian diikuti penyerang berbisa mereka iaitu Guilherme De Paula undian sebanyak 2.37% menerusi 50 undian.
Tempat terakhir milik penyerang UiTM FC iaitu Akanni Sunday dengan 0.85% dengan 18 undian.
Berikut merupakan senarai penuh keputusan:
- Shahrel Fikri (PKNP FC) – (52.32% – 1,103 undian)
- Tcheche Kipre (Terengganu) – (41.98% – 885 undian)
- Paulo Josue (Kuala Lumpur) – (2.47% – 52 undian)
- Guilherme De Paula (Kuala Lumpur) – (2.37% – 50 undian)
- Akanni Sunday (UiTM FC) – (0.85% – 18 undian)
Tahniah, Shahrel Fikri!