Van Bronckhorst Yakin Feyenoord Pertahanan Gelaran Eredivise, Tak Tolak Van Persie Akan Kembali

Pengurus Feyenoord iaitu Giovanni Van Bronckhorst berpendapat bahawa pasukannya bersedia untuk musim baru dan mereka boleh mengekalkan gelaran Eredivisie yang dimenangi mereka musim lalu.

Feyenoord melayani kunjungan FC Twente di De Kuip pada Ahad ini.

Menurut beliau, “sudah tentu saya memandang kembali ke musim lalu. Apabila anda bercakap dengan orang dan anda diingatkan akan kemenangan musim lalu kami.”

“Tetapi kenyataannya adalah bahawa ia kini di masa lalu dan kita kini perlu melihat ke hadapan untuk musim baru.”

“Kami perlu memberikan segala-galanya dari perlawanan pertama lagi.”

“Kami mempunyai keyakinan yang tinggi kerana kami telah memenangi gelaran liga musim lalu. Ia amat penting untuk bermula dengan baik supaya dapat membantu kami dalam mempertahankan gelaran juara kami.”

Bekas pemain Barcelona itu kemudian menzahirkan keyakinan beliau yang pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan Eredivisie yang dimenangi mereka.

“Kami boleh mengekalkan kejuaraan, sudah tentu. Saya yakin bahawa kita boleh melakukannya dengan skuad yang ada sekarang.”

“Kita perlu memastikan bahawa pemain baru kita dapat turut bersama menyesuaikan diri dengan dengan skuad yang ada sekarang dan pemain sedia ada pula harus mengekalkan tahap permainan mereka.”

Robin Van Persie kembali sertai Feyenoord?

Angin bertiup kencang mengatakan yang bekas pemain Manchester United iaitu Robin Van Persie akan kembali menabur bakti kepada Feyenoord.

Mengenai kemungkinan menandatangani Robin van Persie untuk musim baru, Van Bronckhorst berkata pemain itu sedia untuk menamatkan kariernya di kelab tersebut.

“Saya seorang yang amat berminat dengan Robin van Persie dan anda juga tidak boleh membandingkan dia dengan Dirk Kuyt.”

“Anda boleh perhatikan bahawa pada minggu-minggu sebelumnya terdapat banyak berita tentang beliau yang dikhabarkan akan dengan kembali ke Feyenoord.”

“Beliau telah bercakap yang segalanya tampak akan lebih baik untuk beliau (van Persie) menamatkan kerjayanya di Feyenoord seperti yang saya dan Dirk Kuyt lakukan.”

“Tapi beliau masih mempunyai karier yang masih panjang dalam kerjayanya.”

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sumber: Football-Oranje (2017): Giovanni van Bronckhorst: ”We can retain our Eredivisie title”; http://www.football-oranje.com/giovanni-van-bronckhorst-can-retain-eredivisie-title/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN