UEFA Super Cup 91′: Tonik Permulaan Gemilang Sir Alex Bersama Manchester United

Manchester United mensasarkan untuk menjulang trofi UEFA Super Cup buat kali kedua dalam sejarah kelab tersebut apabila berhadapan dengan Real Madrid pada awal pagi nanti.

Selepas berjaya membawa pulang trofi UEFA Europa League menewaskan Ajax 2-0 di Friend Arena, Sweden, anak buah Jose Mourinho itu akan berhadapan dengan juara UEFA Champions League, Real Madrid di Philip II Arena di Skopje, Macedonia.

Sepak mula perlawanan dijadualkan tepat pada jam 2:45 pagi waktu Malaysia.

Perlawanan UEFA Super Cup 1991

Pada 1991, Manchester United tampil dalam perlawanan ini sebagai pemenang Cup Winners Cup. Lawan skuad The Red Devils yang di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada ketika itu ialah Red Star Belgrade yang merupakan juara eropah.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Perlawanan tersebut diadakan di Old Trafford pada 19 November 1991 dan bagaimana Manchester United menjuarai UEFA Super Cup pada tahun itu kekal misteri sehingga ke hari ini.

Perlawanan tersebut dipisahkan hanya melalui jaringan oleh Brian McClair pada minit ke-67 perlawanan. Keputusan 1-0 hanya mengisahkan sebahagian daripada cerita di dalam perlawanan tersebut.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson mempunyai kisah dan pengalaman tersendiri ketika perlawanan tersebut berlangsung.

“Jika rentak perlawanan diambil kira, Manchester United tidak mungkin akan menang pada malam itu. Permainan kami benar-benar dimusnahkan oleh pasukan Red Star Belgrade,” ujar Sir Alex Ferguson.

Kekentalan Red Star Belgrade

Kenyataan Sir Alex Ferguson itu ada asasnya. Red Star Belgrade adalah sebuah pasukan yang sangat kuat pada waktu itu. Mereka memiliki barisan pemain yang lengkap di setiap posisi.

Dalam perlawanan akhir Piala Eropah musim 1990/91, Red Star Belgrade menewaskan wakil Perancis, Marseille. Sebelum itu, mereka juga menewaskan gergasi eropah yang lain seperti Bayern Munich, Rangers dan juga Grasshopper dari Switzerland untuk laluan ke final.

Credit: Neal Simpson – EMPICS / Contributor
Editorial #: 649806480

Antara bintang Red Star Belgrade ketika itu ialah Dejan Savicevic, Darko Pancev, Robert Prosinecki, Sinisa Mihajlovic, dan Vladimir Jugovic.

Red Star Belgrade adalah sebuah pasukan yang unik. Keseluruhan skuad mereka berasal daripada negara bekas sekutu Soviet, Yugoslavia.

Miodrag Belodedic daripada Romania merupakan satu-satunya pemain asing di dalam pasukan tersebut.

Mereka semua adalah pemain berjiwa kental dan bersemangat tinggi.

Manchester United turut mempunyai peluang tersendiri dalam perlawanan yang didominasi oleh Red Star Belgrade.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Ketika perlawanan baru berusia 2 minit, penjaga gol berusia 19 tahun Red Star Belgrade, Zvonko Milojevic menyelamatkan sepakan penalti Steve Bruce.

Selepas itu Red Star Belgrade terlepas deretan peluang untuk berada di hadapan termasuklah 2 percubaan daripada Darko Pancev yang tersasar.

Penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel ternyata sibuk pada malam itu, memastikan jentera serangan Red Star Belgrade tidak membolosi gawang sepanjang perlawanan tersebut.

Taktikal Sir Alex & Jaringan McClair

Rentak serangan pasukan bekas jajahan Soviet itu terus bertali arus pada babak kedua perlawanan. Di sebalik dominasi anak buah Vladica Popović dalam perlawanan tersebut, Manchester United berada di hadapan pada minit ke-67 perlawanan.

Rembatan Neil Webb menuju ke tiang gol Red Star Belgrade sebelum lantunannya menuju Brian McClair. penyerang antarabangsa Scotland itu tidak mensia-siakan peluang yang terhidang, memastikan bola menerjah jaring dari jarak 6 meter.

(Photo by John Giles/PA Images via Getty Images)

Keputusan semasa: Manchester 1-0 Red Star Belgrade. Kedudukan perlawanan kekal sebegitu walaupun serangan bertali arus daripada kesebelasan pemain Red Star untuk mengubah kedudukan perlawanan.

“Kami sangat bernasib baik untuk mengekalkan keputusan 1-0 tersebut,” akui Sir Alex Ferguson.

“Pada separuh masa kedua, saya meletakkan Brian McClair di bahagian tengah. Perubahan taktikal ini berjaya memecahkan sedikit kebuntuan di bahagian serangan, dan kami berjaya memenangi perlawanan,” jelas Sir Alex lagi.

Manchester United berada pada kemuncak prestasi selepas menjulang trofi eropah pertama mereka pada musim panas, menewaskan Barcelona 2-1 dalam perlawanan akhir.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Menyaksikan perlawanan didominasi oleh lawan di halaman sendiri, adalah sesuatu yang janggal bagi penyokong Manchester United.

Namun demikian, Sir Alex Ferguson dan anak buahnya tetap menemui jawapan untuk membawa pulang satu-satunya trofi UEFA Super Cup yang berada di dalam kabinet trofi di Old Trafford.

Rumusan

Sir Alex Ferguson dan Manchester United menjulang sejumlah 35 lagi trofi utama selepas kejayaan dalam perlawanan UEFA Super Cup pada November 1991 tersebut.

Ini termasuklah juara Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pertama pada musim 1991/92.

Awal pagi nanti Jose Mourinho dan skuad Red Devils berpeluang mengulangi sejarah tersebut apabila berhadapan dengan barisan hebat Real Madrid bimbingan Zinedine Zidane.

Sudah pasti Jose Mourinho dan anak buahnya ingin menemui tonik kejayaan yang serupa seperti yang diperolehi oleh Sir Alex Ferguson hampir 26 tahun yang lalu.

Sumber:

1. Ryan Grantt, Manchester United (2017): VIDEO: UNITED’S SUPER CUP WIN IN 1991; http://www.manutd.com/en/Super-Cup-2017/Super-Cup-2017-News/2017/Aug/The-story-of-Manchester-United-v-Red-Star-Belgrade-Super-Cup-1991.aspx?LP?utm_campaign=ManUtd&utm_medium=post&utm_source=facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN