Arjen Robben merupakan antara pemain sayap yang cukup berbahaya ketika beraksi di bahagian tepi.
Pemain yang terkenal dengan gerakan cut inside and shoot ini sememangnya dikenali dengan gerakan tersebut, namun beliau akan sentiasa diingati dengan jaringan ketika menentang Manchester United pada 2010.
Gol itu terhasil menerusi sepakan penjuru, Robben hadir dari belakang dan melakukan satu voli yang cukup kemas ke penjuru bawah pintu gol Manchester United.
Pelajar sekalian, begitulah cara untuk melakukan sepakan voli dengan cukup sempurna!