Sebentar tadi keputusan undian play-off UCL 2017/18. Antara pertembungan tumpuan adalah Liverpool diundi menentang Hoffenheim.
Bukan sahaja menemukan Klopp dan jurulatih terbaik Jerman musim lalu, malah ia juga kepulangan semula Firmino pertama kali ke kelab lamanya sebagai pemain lawan.
Liverpool kali terakhir mara ke pusingan kumpulan UCL adalah pada musim 2014/15.
Mario Balotelli pula akan kembali ke Itali bersama Nice menentang Napoli. Musim lalu, Balotelli antara watak penting membantu Nice kembali beraksi di pentas tertinggi Eropah.
Juara Scotland akan terbang ke Kazakhstan berhadapan dengan Astana. Manakala 2 lagi pasukan tumpuan iaitu Sevilla akan menentang Istanbul Basaksehir. Manakala Sporting akan berhadapan FCSB.
Semua perlawanan play-off akan dilangsungkan pada 15 Ogos atau 16 dan 22 atau 23.
Istanbul Basaksehir vs. Sevilla
Young Boys vs. CSKA Moscow
Napoli vs. Nice
Hoffenheim vs. Liverpool
Sporting Lisbon vs. FCSB
Qarabag vs. Copenhagen
Apoel Nicosia v Slavia Prague
Olympiakos vs. Rijeka
Celtic vs. Astana
Hapoel Beer-Sheva vs. Maribor