Preview & Ramalan Playoff Selangor Champions League 2017: Matchweek 1

Menjelang aksi playoff Selangor Champions League 2017 (SCL2017) yang bakal bermula esok, kami bawakan ramalan keputusan perlawanan esok.

3 perlawanan akan berlangsung esok di Padang Bola Sepak Johan Setia, Klang, Selangor.

Dalam aksi kumpulan A, Rasta Tigers akan menentang Qharma FC. SA United dan SKJ SC pula akan membuka aksi kumpulan B. Manakala PIB FC akan menguji pendatang baru kejohanan, FC Serayan dalam kumpulan C.

1. Aizat (Armada Bola)

Rasta Tigers vs Qharma FC

Pengalaman Qharma dalam bermain di pelbagai liga sosial Lembah Klang memberikan kelebihan kepada mereka. Dengan struktur pasukan yang dilihat lengkap dari semua aspek. Qharma juga berpengalaman dalam bermain di keadaan padang berumput.

Ramalan keputusan: Rasta Tigers 1-3 Qharma FC

SKJ SC vs SA United

Kedua-dua pasukan dilihat seimbang, dengan pengalaman yang dimiliki oleh pasukan ini. SKJ kelihatan menjadi pilihan kerana para pemain mereka memiliki kekuatan fizikal dan kelajuan yang baik. Faktor cuaca juga memainkan peranan dalam perlawanan ini.

Ramalan keputusan: SKJ SC 1-0 SA United

PIB vs FC Serayan

Perlawanan ini seimbang, dan sengit, keranan kedua-dua pasukan ini memiliki kelebihan dalam tahap kompetitif bolasepak baik sosial mahupun amatur.

PIB pastinya menggunakan pengalaman dan menurunkan pemain dalam Liga Selangor dan Liga Super Lembah Klang (KVL) dalam perlawanan ini. Serayan yang dilihat kurang mendedahkan rahsia mereka, akan tapi kelebihan pengalaman mereka di liga sosial memberi kelebihan kepad mereka.

Ramalan keputusan: PIB 0-0 FC Serayan

2. Nabil (Sportseeker)

Rasta Tigers vs Qharma FC

Juara Garden Social League, Rasta Tigers merupakan pasukan yang berpengalaman dan pernah bertanding pada Selangor Champions League musim lalu. Mereka tahu betapa kompetitif SCL2017 kali ini.

Namun Qharma bukan pasukan biasa, berada di tangga ke-3 bagi KVL Gombak, Qharma berjaya mengutip 9 kemenangan daripada 15 perlawanan. Kelebihan mungkin berpihak kepada Qharma yang memiliki skuad yang lebih lengkap di semua posisi.

Ramalan keputusan: Rasta Tigers 0-2 Qharma FC

SKJ SC vs SA United

SA United merupakan squad berpengalaman yang tertubuh sejak tahun 2001 lagi, namun SA United belum pernah bertanding di Selangor Champions League. Kejayaan SA United berjaya meraih tempat ke-4 di dalam KV Super League merupakan satu pencapaian yang hebat kerana KV Super League merupakan antara liga yang paling kompetitif di Lembah Klang.

Semifinalis SCL2016, SKJ SC adalah pasukan yang terkenal dengan memiliki speed dalam kalangan pemainnya. SKJ SC hanya tewas 1-0 sahaja kepada finalis SCL2016, Rebel FC. Perlawanan mungkin sengit.

Ramalan keputusan: SKJ SC 1-1 SA United

PIB vs FC Serayan

Kumpulan C merupakan antara kumpulan yang sangat sengit. Perlawanan antara Juara JES League, FC Serayan dan tangga ke-3 KV Premier League, PIB FC merupakan perlawanan tumpuan pada minggu ini.

FC Serayan mungkin memiliki keyakinan yang lebih tinggi setelah bergelar juara JES League dan memiliki skuad yang berpengalaman. PIB pula memiliki pemain-pemain muda, pantas dan pemain yang berpengalaman berentap di liga FAS. PIB mungkin memiliki speed, namun Serayan berbekalkan pengalaman dan keyakinan yang tinggi.

Ramalan keputusan: PIB 2-1 FC Serayan

3. Muzammil (SemuanyaBOLA)

Rasta Tigers vs Qharma

Juara Garden Social League 2017 menentang pasukan tangga ke-3 KVL Gombak: naratif ini mungkin menampakkan kesimbangan kekuatan kedua-dua pasukan memandangkan mereka berasal dari liga sosial yang hampir sama tahap kompetitifnya. Tetapi apa yang bakal membezakan kedua-dua pasukan adalah tahap kebersediaan.

Rasta Tigers tidak mempunyai masalah ini kerana sedang mengharungi aksi liga ketika ini. Qharma pula baru mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan memandangkan KVL Gombak masih belum bermula. Rasta Tigers akan tampil lebih bersedia dari segi fizikal.

Ramalan keputusan: Rasta Tigers 3-0 Qharma

SKJ SC vs SA United

Terlepas slot automatik ke SCL2017 selepas tewas 0-2 kepada Level Up di RedFace Gaucho’s League, SKJ SC pastinya tak mahu terlepas peluang kedua untuk layak. Tetapi lawan mereka bukan calang-calang.

Meskipun sekadar menduduki tempat ke-4 KV Super League, ia masih pencapaian yang membanggakan kerana KV Super League sendiri adalah liga yang sangat kompetitif. Bagaimanapun kehilangan penyerang dan penjaring terbanyak mereka, Azeem Akeem pastinya menggusarkan SA United.

Ramalan keputusan: SKJ SC 1-2 SA United

PIB FC vs FC Serayan

Menduduki tangga ke-3 KV Super League dan berpengalaman dalam aksi Liga Super FAS, PIB merupakan antara sebahagian kecil pasukan liga sosial yang teratur dan tersusun dari segi pengurusan kelab. Tak hairanlah kestabilan di luar padang ini dapat diterjemahkan ke persembahan mantap di atas padang.

FC Serayan pula masih berada dalam persediaan pra-musim. Seperti PIB, juara JES League ini juga merupakan pasukan yang teratur dan tersusun dari segi pengurusan kelab. Cuma dari segi pengalaman, mereka mungkin ada kekurangan.

Ramalan keputusan: PIB 3-1 FC Serayan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN