Kelab Premier League iaitu Arsenal telah pun menjadi kelab pertama di liga tersebut yang menggunakan 100% teknologi hijau ketika melakukan operasi stadium.
Usaha murni itu adalah bertujuan untuk menggunakan sumber tenaga yang lebih baik ketika melakukan operasi di Emirates Stadium yang mempunyai 60 ribu tempat duduk.
Arsenal telah menjalinkan usahasama dengan pihak Octopus Energy yang merupakan pelopor dalam bidang tenaga di United Kingdom terutamanya melibatkan sumber dari sistem solar.
Bagi pihak Octopus Energy, ia merupakan satu peluang terbaik mereka kerana mereka dapat menjalinkan kerjasama dengan kelab seperti Arsenal.
“Teknologi hijau kini semakin stabil dan efisien. Harganya pun lebih murah berbanding teknologi bukan hijau.”
“Lagi pun, gunakan teknologi hijau tak akan rosakkan bumi.”
Emirates bakal menggunakan tenaga hasil dari sisa buangan menerusi makanan terbuang dan juga sumber air yang dikitar semula.
Sumber itu akan diolah menjadi tenaga dan akan membantu stadium tersebut untuk beroperasi dengan cukup baik.
Ia bakal memberi manfaat kepada stadium yang berkapasiti 60 ribu tempat duduk itu kelak.
Syabas Arsenal diatas usaha murni ini!
Sumber:
- IB Times (2017): Gunners go ‘Green’: Arsenal’s Emirates Stadium switches to 100% renewable energy; http://www.ibtimes.co.uk/reds-go-green-arsenals-emirates-stadium-switches-100-renewable-energy-1633411