Costa Hantar Permohonan Berpindah, Tak Ke Kelab Lain Selain Atletico Madrid

Diego Costa secara terang-terangan mahukan perpindahan dari Chelsea dilakukan dengan segara.

Menurut sumber di England, pemain Sepanyol itu telah pun menghantar permohonan rasmi kepada juara Premier League itu untuk pergi meninggalkan kelab tersebut.

Menurut peguamnya iaitu Cardoso mengatakan mereka akan menggunakan saluran yang betul untuk memastikan perpindahan Costa keluar dari Chelsea berjalan dengan baik.

Costa dikatakan mahukan kepulangan semula ke Atletico Madrid di Sepanyol dan dalam masa yang sama, beliau memberikan bayangan tidak mahu untuk berpindah ke kelab lain selain daripada kelab yang pernah memenangi La Liga pada 2014 itu.

Namun kemahuan Costa itu mungkin sedikit sukar untuk direalisasikan kerana pasukan tersebut sedang mengalami sekatan dari membawa masuk pemain baharu.

Oleh kerana itu, beliau kemungkinan akan menuju ke San Siro untuk bersama-sama AC Milan secara pinjaman dengan pinjaman selama separuh musim akan dilakukan.

Masa depan Costa di Chelsea berakhir selepas pemain itu telah diberitahu oleh Antonio Conte yang beliau tidak lagi berada dalam perancangan pengurus tersebut.

Ia turut ditambah dengan hadirnya penyerang Alvaro Morata untuk bermain dengan kelab tersebut.

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Chelsea striker Diego Costa to hand in formal transfer request, confirms lawyer; http://www.skysports.com/football/news/11668/10972679/chelsea-striker-diego-costa-to-hand-in-formal-transfer-request-confirms-lawyer

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN