Kerana Kesilapan Pemain, Chelsea Mungkin Diharamkan Masuk China Pada Masa Akan Datang

Nampaknya, akan ada pasukan yang diharamkan masuk ke China.

Kerajaan China mempunyai perancangan untuk mengharamkan pasukan Chelsea dari memasuki China pada masa akan datang.

Hal ini berpunca kerana tindakan pemain mereka iaitu Kenedy yang memuat naik status yang menghina rakyat China.

Dalam salah sebuah kemas kini beliau, Kenedy ada bergambar dengan seorang pegawal keselamatan yang tertidur ketika bertugas.

Beliau kemudiannya meletakkan caption, “bangunlah China, bodoh!”

Tindakan beliau itu telah mengundang rasa marah rakyat China dan hasilnya beliau disorak ‘boo’ ketika perlawanan menentang Arsenal tempoh hari.

Pihak kerajaan China menerusi Kementerian Hal Ehwal Luar China sedang memerhati dengan rapi situasi tersebut dengan potensi pengharaman dari masuk ke negara tersebut pada masa akan datang.

Setakat ini, pihak kerajaan China telah mengarahkan semua media China menghentikan penyebaran mengenai pasukan Chelsea di laman media mereka serta di aplikasi berita-berita.

Kenedy secara peribadi telah menzahirkan permohonan maafnya di Instagram beliau dan pihak Chelsea sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.

Permohonan maaf Kenedy di Instagram.

“Malang sekali, kami terkejut dan kecewa selepas mendapati salah seorang pemain muda kami iaitu Kenedy telah menghina rakyat China sehari sebelum perlawanan.”

“Walaupun beliau dengan segera memadam muat naik tersebut dan memohon maaf dan pihak kelab juga telah memohon maaf mengenainya melalui saluran media sosial kami, nasi sudah pun menjadi bubur.”

“Pihak Chelsea Football Club dengan penuh rendah diri dan ikhlas memohon maaf.”

Sumber:

  1. Goal (2017): Chelsea could be banned in China over Kenedy social media storm; http://www.goal.com/en-my/news/3995/premier-league/2017/07/24/37283672/kenedys-social-media-posts-could-result-in-china-banning?ICID=OP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN