Kicker mendedahkan Pierre-Emerick Aubameyang tidak akan meninggalkan Dortmund dalam jendela perpindahan kali ini. Ini selepas kicker menghubungi sumber dalaman kelab tersebut.
Sumber itu menyatakan pengurus baru Dortmund mahu menjadikan Aubameyang sebagai pemain penting dalam projek beliau. Jadi, Dortmund kini memutuskan untuk tidak menjual pemain tersebut.
Pierre-Emerick Aubameyang dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge menyertai pasukan Chelsea. Ini selepas Chelsea gagal mendapatkan Romelu Lukaku.
Pada masa yang sama, Chelsea kelihatan sukar untuk mendapatkan Alvaro Moratta selepas Real Madrid kelihatan tidak begitu aktif dalam perpindahan kali ini.
Selain daripada Chelsea, Aubameyang juga menjadi rebutan beberapa kelab di China.
Pada selasa lalu, Aubameyang bermain untuk Dortmund yang berhadapan dengan kelab lama beliau, AC Milan. Dortmund menang 3-1 di dalam perlawanan ujian pra musim tersebut.
AC Milan tidak menurunkan ramai pemain baru mereka di dalam perlawanan ini.
Kicker juga mendedahkan yang pihak BvB sudah berbincang dengan Aubameyang tentang masa depan pemain itu di Dortmund. Hans-Joachim Watzke berkata:
“Tunggulah beberapa hari lagi, yang pasti kita tidak akan menunggu lama sangat. Kita akan tengok apa yang akan berlaku selepas jendela perpindahan ditutup.”
Watzke menggambarkan yang mereka sedang menjalankan perbincangan yang positif dengan Aubameyang.
Sebelum ini, Dortmund menyatakan mereka hanya mempertimbangkan tawaran harga €100 juta untuk pemain ‘marquee’ mereka ini.
Sebagai tambahan, kontrak semasa Pierre-Emerick Aubameyang akan berakhir pada 2020.
Sumber