E. Elavarasan Direhatkan, PKNS FC Cari Ketua Jurulatih Baharu

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PKNS FC sebentar tadi, pihak pengurusan kelab mengesahkan Ketua Jurulatih pasukan Liga Super, E. Elavarasan direhatkan berkuatkuasa serta merta.

Sepanjang kekosongan jawatan tersebut, pasukan Liga Super PKNS FC akan dipangku oleh pembantu jurulatih iaitu Adam Abdullah sehinggalah Ketua Jurulatih yang baharu dilantik oleh pihak pengurusan kelab.

Keputusan drastik oleh PKNS FC ini diambil bagi memastikan pasukan PKNS FC terus bersaing dalam saingan Liga Super dan mengelakkan pasukan kelab terbabit tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan.

Sehingga 14 perlawanan Liga Super yang dilalui oleh PKNS FC, E. Elavarasan hanya berjaya membawa pasukan tersebut untuk mencatat dua kemenangan dan enam perlawanan dengan keputusan seri.

Keputusan tersebut menyaksikan PKNS FC menduduki tangga ke-10 kedudukan Liga Super dan dibezakan hanya menerusi perbezaan jaringan dengan pasukan Melaka yang berada di zon penyingkiran.

Kredit: PKNS FC

 

Pulau Pinang menduduki tangga tercorot dengan perbezaan 6 mata di belakang PKNS FC.

Selain daripada untuk menghidupkan kembali saingan di Liga Super, pihak pengurusan PKNS FC turut telah menetapkan sasaran untuk layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia.

PKNS FC tewas kepada pasukan Perak dengan jaringan 2-0 di Ipoh pada Selasa lalu dalam perlawanan pertama Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2017.

Untuk rekod, PKNS FC turut disingkirkan di pusingan kedua Piala FA 2017 apabila ditewaskan oleh Melaka United dengan jaringan 1-0.

E.Elavarasan menyertai pasukan yang mendapat jolokan The Red Ants sejak musim 2015 dan berjaya mengemudi kelab PKNS FC untuk mara ke saingan Liga Super musim ini sebagai naib juara 100Plus Liga Perdana pada musim 2016.

E. Elavarasan bukanlah watak asing dalam arena bola sepak Malaysia. Sebelum ini, beliau pernah membimbing Felda United muncul juara Liga Perdana pada musim 2010 dan membawa pasukan Felda ke peringkat suku akhir pertandingan Piala Malaysia.


Sumber:

1. PKNS FC, Facebook (2017): PKNS FC Rehatkan Elavarasan, Adam Abdullah Pangku Tugas;
https://www.facebook.com/thepknsfc/posts/1458091724270870:0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN