Isu mengenai Cristiano Ronaldo dengan hal cukai di Sepanyol senyap buat seketika.
Adakah beliau akan tinggalkan Real Madrid?
Menurut laporan di Sepanyol, Ronaldo mendedahkan yang beliau tidak akan tinggalkan Real Madrid.
Sebaliknya beliau cuma mendedahkan rasa tidak puas hati mengenai layanan yang beliau terima mengenai isu cukai tersebut.
“Saya tidak pernah cakap yang saya nak tinggalkan Real Madrid.”
“Saya cuma cakap pada rakan sepasukan saya semasa kami makan malam bersama yang saya rasa kecewa apabila dilayan dengan tidak baik oleh pihak berkuasa.”
Presiden Real Madrid, Florentino Perez juga merupakan antara individu yang akan menentang pemergian pemain tersebut dari kelab itu.
Perez dikatakan menjadi orang terawal yang menelefon Ronaldo selepas pemain itu tewas di tangan Chile bersama negaranya dalam saingan Piala Konfederasi.
Dalam perbualan itu Ronaldo dikatakan telah menafikan segala keputusan beliau untuk meninggalkan kelab itu.
Tak mahu terperangkap
Dalam masa yang sama, Ronaldo juga tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai isu beliau beliau yang diperkatakan media.
Hal ini kerana, beliau tak mahu terperangkap dalam permainan media di Sepanyol.
“Saya tak nak nafikan apa-apa yang media katakan, jika tidak saya akan masuk dalam perangkap mereka.”
“Jika sekali kita nafikan apa-apa, habislah.”
Andai perkhabaran ini benar, maka ia merupakan satu berita gembira buat Perez, Zinedine Zidane dan juga Sergio Ramos yang terang-terangan mahu pemain itu kekal di Real Madrid.
Sudah pastinya peny0kong Real Madrid juga akan gembira bukan?
Sumber:
- El Confidencial (2017): Cristiano niega que se quiera ir del Madrid, pero se siente “maltratado y perseguido”; http://www.elconfidencial.com/deportes/futbol/2017-06-30/cristiano-ronaldo-real-madrid-florentino-perez-hacienda_1407563/