Arsene Wenger dilaporkan membuka sekali lagi kemungkinan akan membawa Riyad Mahrrez ke Arsenal. Pada jendela perpindahan yang lalu, Riyad Mahrez menolak tawaran Arsenal kerana mahu menikmati musim ‘besar’ dengan Leicester.
Arsene Wenger telah memberitahu Lembaga Pengarah Arsenal untuk menyediakan bidaan bagi mendapatkan Riyad Mahrez.
Kini bintang Algeria tersebut dikatakan terbuka untuk menyertai pasukan lain. Mahrez sudah beraksi 130 perlawanan untuk Leicester City.
Mahrez menjadi pemain penting dalam membantu Leicester menjuarai EPL dalam musim yang penuh epik pada 2015/16.
Namun musim lalu, Riyad Mahrez dan Leicester hanya mampu menamatkan musim di tangga ke-10. Pasukan The Foxes bergelut dengan prestasi yang membawa kepada pemecatan jurulatih istimewa mereka, Claudio Ranieri.
Selain daripada Arsenal, Riyad Mahrez turut dikaitkan dengan Barcelona. Barcelona menjadikan Mahrez sebagai salah satu opsyen jika mereka gagal mendapatkan balik Gerard Deulofeu.
Pada awal tahun ini, Mahrez memberikan gambaran yang beliau terbuka untuk sebarang kemungkinan pada musim baru.
Selain daripada Mahrez, Arsenal juga dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan bintang Lyon, Alexandre Lacazette.
Arsene Wenger terdesak untuk memperbaiki kualiti skuad beliau selepas musim lalu Arsenal gagal untuk menghuni 4 teratas.
Ia adalah kali pertama Arsenal gagal untuk beraksi di UCL dalam era pengurusan Arsene Wenger. Mereka juga menamatkan musim di belakang Tottenham Hotspurs.
Namun begitu, sedikit keceriaan buat penyokong mereka apabila Arsenal berjaya menjuarai Piala FA musim lalu.
Sumber: