Perseteruan Belfast memasuki babak terbaru dalam bola sepak Ireland Utara. Belfast mempunyai beberapa buah kelab bola sepak.
Antara yang termasyhur ialah Linfield dan Crusaders. Namun, mereka terheret dengan adegan yang tidak ingin dilihat.
Josh Robinson
Pemain ini dahulunya bersama Crusaders sebelum berhijrah ke England. Di England, Josh bermain untuk York City.
Kemudiannya York City menamatkan kontrak pemain itu secara persetujuan bersama. Josh kemudiannya pulang ke Ireland Utara.
Pada Selasa lalu, beliau menjalani latihan bersama kelab asalnya, Crusaders. Namun pada jam 7.56 malam Khamis lalu, Linfield menghantar borang Standard Professional Contract kepada Irish FA untuk menandatangani Josh Robinson
Pada 3 jam kemudian, Crusaders pula menghantar borang yang sama. Juga untuk pemain sama!
Kecoh di Twitter
Ramai pihak terkejut apabila kedua-dua kelab memaklumkan bahawa masing-masing sudah mendapatkan khidmat Josh Robinson.
Ini gara-gara pengurus akaun Twitter memuatnaik tweet berkaitan.
Interview: David Healy – delighted to announce signing of Josh Robinson https://t.co/CVVj3zsn7C
— Linfield FC (@OfficialBlues) June 29, 2017
https://twitter.com/CrusadersFC/status/880554589212291074
Solusi
Irish FA segera menguruskan keributan ini. Berdasarkan dokumen dan peraturan yang digubal akhirnya Linfield berjaya memenangi kes ini.
Linfield menawarkan kontrak 4 tahun kepada Josh Robinson. Kurang setahun daripada tawaran Crusaders kepadanya!
Difahamkan Crusaders sedang mendapatkan nasihat perundangan. Ini disebabkan pada Josh Robinson sudah menandatangani persetujuan pra-kontrak pada 9 Jun.
Malah, semua dokumen berkaitan perkara tersebut sudah dihantarkan kepada Irish FA.
Konklusi
Kes ini amat menarik kerana ia memberikan kesan terhadap isu berkaitan kontrak. Malah reputasi pengurusan sesebuah kelab akan bergantung kepada perkara sedemikian.
Barisan pengurusan hebahan awam pun hendaklah berjaga-jaga agar tidak terjaringkan gol sendiri!
Sumber:
- BBC Online (2017): Josh Robinson: Linfield and Crusaders claim to have signed defender; http://www.bbc.com/sport/football/40454783
- BBC Online (2017): Josh Robinson: Linfield, not Crusaders, confirmed as signing club by IFA; http://www.bbc.com/sport/football/40461891