Presiden FIFA Gianni Infantino Utus Ucapan Hari Jadi Buat TMJ

Semalam merupakan ulang tahun keputeraan buat Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan orang penting dalam bola sepak JDT dan juga Presiden FAM.

Baru-baru ini, Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino telah memberikan perutusan hari jadi buat TMJ.

Perutusan ringkas itu disiarkan menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers baru-baru ini.

“TMJ telah menerima perutusan ucapan selamat ulang tahun keputeraan baginda oleh Presiden FIFA – Gianni Infantino,” ujar laman JOHOR Southern Tigers.

Dalam perutusan ringkas tersebut, Infatino telah mengucapkan selamat hari jadi kepada TMJ serta memberikan kata-kata selamat kepada baginda.

“Pada hari isitimewa anda, izinkan saya menzahirkan ucapan ikhlas saya agar anda dikurniakan jutaan tuah, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan juga kejayaan.”

“Saya berharap anda menghabiskan masa di hari indah anda dengan bersama keluarga serta teman-teman anda.”

“Semoga bergembira dan sampaikan salam saya kepada semua.”

Ucapan yang diterima oleh TMJ itu boleh dikatakan sebagai ucapan yang paling tinggi diterima oleh individu dari industri bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN