Demi Keinginan Membantu Kedah, Zac Anderson Sanggup Berbelanja Besar Pulihkan Kecederaan

Apa rasanya apabila kita terpaksa disisihkan dari skuad ketika melihat pasukan menjulang kejuaraan?

Kita pastinya gembira bukan? Tapi dalam hati terdetik rasa cemburu kerana tidak dapat menikmati perlawanan akhir di atas padang kerana terpaksa menikmatinya dari tempat duduk penonton kerana tercedera.

Itulah yang dilalui oleh Zac Anderson, pemain Kedah yang tersisih ketika perlawanan akhir Piala FA Malaysia ketika menentang Pahang tempoh hari akibat kecederaan.

Beliau menyatakan kepada MStar yang beliau telah membelanjakan sejumlah wang untuk memastikan diri kembali cergas untuk membantu pasukannya.

Ketika rehat bulan Ramadhan, Anderson telah terbang ke Melbourne untuk mendapatkan rawatan pakar bagi memulihkan kecederaan yang dialami beliau.

Gambar: Kedah FA

Beliau dikatakan telah membelanjakan RM50 ribu untuk memulihkan kecederaan beliau. Satu nilai yang cukup besar buat kita semua.

“Saya tak kisah keluarkan wang sebanyak RM50 ribu untuk pulihkan kecederaan saya.”

“Saya tidak mahu kerana kecederaan saya, saya tidak boleh berkhidmat dengan baik di sini.”

Anderson nyata gembira dan bersyukur dengan keadaan beliau yang semakin baik, dan beliau kini menyerahkan kepada barisan kejurulatihan Kedah untuk menilai tahap kecergasan beliau.

“Sekarang saya cuma fikir untuk yakinkan Nidzam Adha mengenai prestasi saya. Saya berharap saya dapat mengisi kesebelasan utama pasukan kelak.”

Sumber:

  1. MStar (2017): Zac Anderson Keluar Duit Poket RM50,000 Demi Kedah; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/30/zach-belanja-50k/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN