Secara matematiknya masih ada 3 pasukan memburu 2 slot ke separuh akhir Piala Konfederasi 2017 iaitu Mexico, Portugal dan Rusia.
Pada kedudukan semasa, Mexico di tangga teratas diikuti Portugal. Kedua-dua pasukan mengutip 4 mata setakat ini.
Manakala Rusia di tangga ke-3 dengan 3 mata. Kesemua pasukan 3 teratas ada perbezaan jaringan +1.
2 perlawanan akan diadakan serentak.
Rusia vs. Mexico
Mexico akan mara sekiranya menang atau seri. Manakala Rusia perlu menang perlawanan ini.
Rusia hanya boleh mara dengan keputusan seri jika New Zealand menang ke atas Portugal.
Portugal vs. New Zealand
New Zealand dianggap pasukan paling lemah dalam edisi kali ini. Namun aksi ketika menentang Mexico tempoh hari menunjukkan yang mereka boleh bermain baik.
Portugal hanya perlu mengelakkan dari kalah sahaja dalam perlawanan ini. Fernando Santos memberikan bayangan bahawa mungkin akan berlaku penggiliran skuad.
Perkembangan pasukan
Pertahanan Mexico, Salcedo sah tidak akan terlibat lagi dalam kejohanan selepas mendapat kecederaan ketika menentang New Zealand.
Ochoa dijangkanl akan kembali menggalas tugasan sebagai penjaga gol El Tri.
Tiada kecederaan dan penggantungan untuk pasukan Rusia menjelang perlawanan ini. Pengendali Russia mungkin akan melakukan perubahan besar dalam pasukan beliau dari segi taktikal.
Untuk perlawanan pasukan Portugal vs. New Zealand kedua-dua skuad juga bebas penggantungan.
Portugal mungkin akan merehatkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan ini. Ini selepas Fernando Santos menyatakan beliau akan merehatkan beberapa pemain utama mereka.
Sebelum wisel
Porsaingan 3 pasukan untuk ke separuh akhir sangat terbuka. New Zealand akan menjadi pasukan tumpuan kali ini. Mereka sudah pastinya mahu membawa sebarang dalam perlawanan terakhir.
Rusia pastinya tidak mahu tersingkir awal di hadapan penyokong mereka sendiri. Kami jangkakan pertemuan lebih menarik di antara Rusia dan Mexico.
Pasukan manakah yang anda akan mara ke separuh akhir?